Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 11, 2009

Berlakon

Berkat kesabaran, ketenangan, kejujuran dan kasih sayang yang ada dalam diri aku ini, aku dengan penuh bergaya dan berjayanya dapat melepaskan diri dari sehelai kertas (atau dua mungkin) bewarna putih kekuningan a.k.a kertas saman, semalam.

Memang benar. Semua ini adalah kerana aku dianugerahkan sedikit bakat lakonan ditambah pula kejujuran yg lahir dari sudut hari (jujur utk menipu?).

Ketukan pintu oleh 2 orang cik KKB kusambut dgn salam. Pabila mereka menyatakan ingin membuat spot check, maka aku dgn 'jujurnya' buat muka sedikit terkejut..(sedikit shj,ok?nti obvious lak).

Oh ya, sebelum itu sbg persediaan, aku telah membuat beberapa perkara. Aku membiarkan buku dan note² di atas mejaku dan paparan di skrin lcd ku adalah student portal (Lecturer Notes dsb...). Maka aku pun menanti kedatangan spot checker td sambil mengadap komputer (dgn berdebarnya....). Utk menampakkn lagi ke'real'an lakonan, kuselitkan pen di celah telinga.

Umah aku tinggal aku sorang shj, malah umah depan pun sunyi sepi dilanda garuda. Semua lari menyelamatkan diri bersama harta benda haram.

Sambung sesi lakonan aku tadi.. Cik nan sorang pun melilau²la matanye melihat keadaan umah setelah dipelawa masuk oleh aku. Aku kembali di meja ku, meletakkan pen yg terselit di celah telinga ke atas meja dan mengalih pndangan ke arah cik nan berdua. Cik nan sorang memerhati sudut meja ku lalu,"Study ke?" Skrip aku plak,"aah, cik..esok malam ada test, ni pun sambil kena siapkan report fyp, tu yang sepah sikit" kataku ramah....

Cik nan sorang meneruskan soal siasat,"Ni barang² dalam umah ni ade sticker x?" mungkin sbb aku nga duduk kat meja aku, dia pun xjenguh² komputerku. Detik inilah puncak kejayaan lakonan ku...Aku buat melilau ke kiri dan kanan dgn gerak daya yg paling perlahan, seolah² mencari barangan mane yg xde sticker (padahal satu haram pun xde sticker. Komputer aku dah 4 tahun x penah bersticker. apetah lg printer, keetle, dll.... Sticker yg sedia adapun (kat katil, kerusi, meja) aku da kutis² cabut. Geram tgk die tertampal cantik di situ.

Aku pun xpaham mengapa cik nan sorang tidak menanti jwpan aku sebaliknye tros bertanyakn soalan laen.. Adakah muka aku terlalu jujur? terlalu tidak bersalah (innocent: foolishly simple) maka, sudah selamatlah aku dari disaman..
Mungkinkah aku patut apply jadi pelakon? ade casting utk mane² filem x sekarang?

Nasihat aku, bermuka jujurlah walaupun ketika menipu (anda pasti berjaya tapi jangan amalkn selalu). Yang penting, hormatilah oinsan yg lebih tua dari anda.

7 comments:

^coco^ said...

tahniah ats lakonan anda!!
MANTAP gituuuuuu..

norhayati binti hamzah said...

cool man.. hahaha... kalo xde keje nnt leh arr jd pelakon tmbhn drama2 melayu.. haha

myatiqah said...

tapi aku xreti senyum dpn camera (nak cover gg kapak senanye..)
macam kambing je..

ila ni said...

betul2!
klu gabra + bdebar gano 2 skali pong, bilo kito buat muka stok2 hormat + innocent gerenti orang yg digeruni itu automatik akan jadi seorang yang sangat baik + peramah hahahaha, tahniah tiqah!

myatiqah said...

haha..betol3..teori tu byk kali doh trbukti..hahhaha

lanshaari said...

kang cik kkb tu bace blog kau nie terus dapat surat saman...heheh

myatiqah said...

haha..bgus jgk die bc.aku patot mention nme die,bg die rs mcm plakon jgk.