Monday, October 24, 2011

EMO nemo hemo-hemo

Macam biasa bila tak ade kerja or malas nak buat keje aku akan jalan-jalan baca blog dan cari pasal. Dah niat nak cari pasal memang jumpa pasal la kan. padan muka diri sendiri.

Pasalnya, terjumpala just a short sentences pasal PJJ je pun. Tapi aku kan emosi, jiwa kacau takde pasal, tetibe butthurt ngan statement itew. Ayatnye lebih kurang macam nila; PJJ is something ridiculous and BS (bullshit?? kau kata??u shit) sebab isteri patutnya di sisi suami bukannya jauh beribu batu.

Hey harusla aku butthurt sebab a week before pun ade sorang member tanya aku bila nak pindah duduk same la, kesian laki kena ulang alik every week la apela, aku yang patut pindah ke KL ikot laki not dia yg pindah kulim ikut aku la, sangap la sebab asek ulang alik tak kira penat la ape la. TQ for being so concern but no thanks.

Ok bagi aku tarik napas jap, kang aku mencarut laju-laju plak. Baeklah kepada isteri-isteri yg sooo lucky sebab balik je keje kau boleh pelok ciyum laki ko, bangun pagi-pagi kau boleh mengadap muka laki kau itew, know that bukan niat kami pun nak PJJ ni. Bukan aku masukkan pon dalam doa harian supaya aku ngan laki aku akan teros PJJ so that tiap-tiap minggu kami leh feeling berchinto sebab jarang-jarang jumpa.

Ingat aku suka ke PJJ camni. Kalau boleh, hari ni saat ni jugak aku nak pindah duk dekat-dekat ngan laki aku. And i believe pasangan PJJ marriage di luar sana pun tak de yg galak sgt suke sebab PJJ ngn pasangan masing². Rational plis. Kau kawen utk ape, utk duk jauh beribu batu & menyusahkan diri sendiri travel every weekend ke? Nope kan? So are we. Kami tidak minta dilahirkan begini. EH.

Sila bersyukur ngan life masing-masing & dont jugde our life as ridiculous watsoever kalau kau tidak berada dlm situasi macam mereka yg kau nak judge itu. Sekian. Emo tahu emo.

Emo tak emo minggu ni Mr. hubster ada kat kulim utk seminggu. Beraya sakan la aku. yay ade orang tolong kemaskan katil pagi-pagi. Hohoho

Thursday, October 13, 2011

A husband you are now, Happy Bday

Tahukah anda kalau orang tanya anda, wat is your profession dan jawapan anda yang kununnya nak berlagak itu, ''engineer''.. Yay anda dah tersalah langkah di situ lagi-lagi kalau yg tanya itu adalah makcik-makcik or pakcik-pakcik yg tak tahu sebenarnya engineer macam anda ni hanya tahu goyang kaki ngadap fesbuk jek.

Perspektif orang bila dengar kau keje engineer mesti ingat kau boleh repair microwave, boleh panjat syiling repair kipas, boleh bukak komputer repair, boleh tungtang menukarkan komputer jadi Decepticon, just like Harry waving his wand. Magic gitu.

Unfortunately, no. Sebab tu technician bengang giler ngan engineer sebab keje-keje camtu biasenye technician lagi master. Sorry me amor engineers, u no impressivo me enaf. Hakhak.

Nasib baek aku designer.

"pehhh, fesyen designer tu..." ok bukan-bukan. Sobs...

Lagi satu perspektif manusia bila dengar kau keje jurutera ini, haruslah kau kaya kau mampu kau banyak duit kau kaya lagi. *Amin, amin, doakan aku cepat kaya*

Ini lagi la, hell no. Not once aku kenal mane-mane engineer muda sebaya dgn ku yg kaya. Kaya di sini maksudnya kau takyah nak tunggu gaji baru boleh beli ape yg kau idamkan, kau takyah tunggu bonus baru pikir nak beli tv besar, kau tayah nak buat bajet bulanan, kau tayah berkira hari-hari nak makan kat tempat besar sebab napsu makan kau memang besar.Heh. Itu baru kaya. Namun sayangnya golongan engineer ni adalah golongan pertengahan. Middle-class. Cukup makan, cukup pakai, time bonus leh la bershopping sakan skit, ujung bulan tgk pcb tolak macam gaji kau 20k mulala nak mengamuk sebab gaji kau bukan 20k. Yes unties and uncles, kami tidak sekaya itew. Salahkan kerajaan yg tidak prihatin. Eh tibe-tibe.

Cukupla rejeki utk kami makan pakai bergerak, berjoli sikit-sikit. Ujung bulan kena cut-off bajet makan skit, nak pegi bercuti kena simpan dulu. Haa begitulah. tapi kami engineer-engineer bersatu bahgia ngan hidup bertitle-kan jurutera yg nampak gah di mata masyarakat ini. Hakhakhak.

Tapi aku tgh berkira-kira nak tukar profession jadi cikgu plak ni. hey aku iklas nak mendidik ok, bukan sebab tiap-tiap tahun bajet utk cikgu semakin menggiurkan. Bukan, bukan.

Eh ape kaitan ngan tajuk? Hahaha. Tajuk tu hanya utk gambar-gambar di bawah ini je, Sekian.

Husband, whoever u are, i larveeeee u very large².

Oh, engineer juga tak semestinya pandai cakap omputih ye adik-adik. Mereka itu hanya tahu copy paste barang orang, innovate, improve and celebrate je. Yang mencipta perkara baru itu we called them inventor ye. No engineer nehi no. I'm a designer. hell yeah. Hahaha

Eh gambar-gambar. Uploading..........

Nasik goreng nenas. tak sangka sedap. Sobsobs... Terharu sebab masak kol 1 pagi uols... Tunggu husbter lobster sampai dari KL kol 4 pagi. anyway, its his bufday. gigihla aku masak. hihihi
Aku suh budak kek tulis i <3 u tu atas kek, die bulih cengang ingat aku cakap i love u kat die.
Tayah pi baskin robin, umah aku pun hade. Sodap jugak.
Tetamu yg kempunan nak makan eskrim.
malam tu aku wat bubur sebab the Lobster sakit gigi. Makan ngan kari yg lebih minggu lepas punya tu. Itu kau kate kay0?haha

Tuesday, October 4, 2011

Kali Pertama Dalam Sejarah Hidup

Seumur hidup aku, aku tak penah masak kari tapi aku suka makan kari mak aku masak. Orang lain masak aku tak berape gemor sgt. Sebenarnya memang aku bukan penggemar kari, tapi kalau dah mak masak, kau nak cakap ape lagi. Kalau nak memberontak, silala makan nasik berkuahkan air mata berlaukkan taik hidung sendiri. Tapi kari mak aku masak memang mabeles, bapak aku sukala. Im not that so into kari gamaknya walaupun bapaknya berdarah-kacukan kari. Eh?

Tapi bumi itu bulat, matahari itu panas, dan hidup tak selalunya indah. Hubster Lobster adelah pemakan kari tegar eh-eh bukannya hidup tak indah kawen dengan dia. Indah ok indah. Hahaha.

So my first attempt making chicken curry membuahkan satu produk penuh kasih sayang tapi kurang kat tidak ketahuan kat mana. Bolehla, yet tak leh celen masakan mak. Opkos la, aku kena beranak 5 dulu, laki kena gomuk² dulu baru la masakan boleh celen mak-mak di dapur.

Ah masak kari pun kecoh sedunia. Diam la kau. Mari puaskan napsu degan menatap gambar pulak.
Kurang kick sebab guna susu kot instead of santan. Kununnya nak lebih berkhasiat dan kurang lemak.
Sayur harusla tema same je. Tumis

Banana & vanilla ice cream adelah sahabat karib kau tahu.