Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, March 23, 2009

Alien vs Predator

Petang tadi sewaktu aku nak gi makan kat cafe macik tengah, (ex-cafe baen), aku memutuskan utk melintas padang bola shj. Malas nk jalan jauh, lalu la jln 'potong-pendek'. Aku tengok padang bola xmacam padang bola sgt pun. Adela mcm padang pasir separuh, padang rumput setengah paruh, dan selebihnya padang jarak padang tekukur.

Setiap kali aku berada di tengah² padang bola, ade semacam perasaan aneh dlm diri aku. Dari dulu perasaan aku ni. Adakah sebenarnye aku dilahirkan sbg pemain bola sepak handalan dunia? Adakah sepatutnya aku mnghabiskan waktu muda aku sbg pemain yg digilai ramai? Ok, tidak. Aku perempuan sebenarnya. Itu cuma angan-angan yg x ade kaitan ngn cita-cita aku.

Berbalik pada padang pasir td, kali ini perasaan aneh itu lebih aneh bila melihatkn tapak-tapak peninggalan yg berbekas di atas pasir-pasir itu. Tapak kaki yg tidak dikenali, berbintik empat!! Nak kate kaki kambing, seingat aku kambing ada tiga je.. Eh yeke? Akupun dah lupa. Lagipun x penah aku tengok kambing-kembing berkeliaran di atas padang tu. Petang-petang ade, tapi itu bukan specis kambing, aku yakin itu. Aku juga amat yakin tu bukan tapak kaki kambing, ayam jauh sekali. Besar jgkla... banyak pulak tu.. Penuh kat tempat pasir tu..

Aku teruja nak mengkaji, tapi disebabkn perut dah lapar terpaksa aku batalkan saje niat ingin tahu tu.. Aku syak tapak itu ditinggalkan oleh makhluk yg ingin menakluki bumi ini, sbg satu amaran. Sampaila skg aku masih x dapat reveal jenis makhluk yg meninggalkan tapak itu. Aku rase mcm Ejen Mulder dlm cite X-file plak.

Adakah kampus aku akan diserang nanti? Oleh alien? Beberapa hari lagi akan ada IMT-GT kat sini. Seluruh pelajar dari seluruh negara termasuk Thailand dan Indon-nesia akan berkumpul. Mungkinkah alien memilih tarikh itu supaya lebih ramai mahasiswa dpt diserang sekaligus?

Tolonglah alien, tunggu sampai aku siapkan report FYP aku dulu, submit & dapat markah utk itu. Seranglah sehari sebelum tarikh final exam kami, iaitu 20 April 2009. Aku harap dgn capaian internet yg agak lembab ini, En. Alien masih dapat membaca msg penting dr aku, wakil bumi.


Alien vs Predator (boleh juga dibaca sebagai: FYP Vs Pelajar Tahun 4 atau bacela sbg mane yg korang suke.. aku xkesah pun..)

Tuesday, March 17, 2009

Cool.............bukan sejuk.

Aku suka orang yang cool. Apakah ciri-ciri cool yang ada pada kau? Di bawah adalah ciri-ciri orang cool dan tidak cool di mata aku, bukan ciri-ciri aku. Aku tidak cool.. Tapi perlukah kau cool di mata aku? Ikut sukahati kau lah, aku cuma menyatakan sebab aku ni aku punye blog, xkan aku nak gi listkan ciri cool yg aku suka kt blog kau.

1- Kalau bercakap, badannya bergoyang-goyang siap ngan tangan ke kiri ke kanan beserta bahu yg bergerak-gerak sambil melibas-libas rambut (tergedik-gedik). Tidak cool.

2- Bercakap ngan suara yg sebenar dan bukan dibuat-buat sehingga kedengaran sengau dan sarcastic. Jadilah diri anda yg sebenarnya. Cool. Kadang-kadang, is ok. Biasa dibuat ketika nak memerli balik orang yg sengau.

3- Memakai selipar jepun cap malaysia dan berlegar-legar di bandar alor setar. Cool

4- Memakai mekap setebal yg mungkin dan lipstic setenyeh yg termampu untuk makan di cafe sebelah pakgad yg mahal nak mampus. Malah bau semerbak bedak powder jenama baby tu leh dihidu sampai tiga batu. Sangat tidak cool.

5- Kalau di depan lelaki, tetiba suara menjadi sgt ayu dan penuh kesopanan dan ketatasusilaan. Tapi kalau belakang , masyaAllah.. Bukankah suara wanita itu aurat? oh,ok.... Err,kurang cool. Silalah jaga suara anda di depan, belakang kiri kanan atas bawah sapa-sapa pun.

6- Membiarkan awek menunggu lama utk pergi makan. Cool. Ingat org perempuan je siap lame? Biar adil.

7- Memandu kereta besar dan makan di kedai mamak dan memakai t-shirt pagoda serta berkain pelekat. Cool. Tapi kalau bunyi ekzos tu mcm haramjadah sgt tidak cool. Menyakitkan telinga aku shj.

8- Merempit. Tidak cool

9- Minah rempit. Low class punya tidak cool.

10- Tidak menggelabah dan tidak mengontrol macho di depan perempuan. Typical cool.

11- Menyanyikan lagu jiwang slow sentimental jiwa kacau punya lagu di khalayak ramai seperti dalam bas, tempat makan, dalam kelas tetapi pakaian bergaya ala-ala hebat-nya-aku-silalah-jatuh-cinta-dgn-aku. So not cool people.

12- Tetiba buat-buat menggelabah, jalan ke hulu hilir, jalan pun nak seret-seret lantai, nak nampak busy lah kot. Tidak cool.

13- Berbasikal?? Ok, cool....

15- Mengalahkan kawan lelaki/pakwe anda dlm game lumba kereta dan Street Fighter tetapi dia yg bayar utk setiap coin yg diperlukan. Anda adalah cool.

16- Penggemar kaler pink yg melampau...Tidak cool.
Tapi sutun is cool. ha-ha. Fullstop.

17- Merokok? Cara cool utk membunuh diri.


COol..

Sunday, March 15, 2009

Friendster vs Facebook

Mana yang kau lebih gemar? Aku bukanlah penggemar facebook. Sekarang aku mula tidak menyukai friendster. Aku tidak suka bila apa saja yang kau buat, kawan-kawan kau akan dapat notification utk itu.Apekah??

Kalau kau mengomen si A, tentu saja si B, si C, si D, si E sampai la si Y akan tahu. Si Z tidak tahu kerana si Z bukan kawan kau. Kalau kau dapat markah tercorot dalam Who Has The Bigger Brain juga akan dihebohkan, band kau telah dikalahkan oleh band si anu itu juga akan diketahui ramai. Kau tengah bosan-bosan dan mahu menjawab quiz juga notification akan muncul notifiation dalam 'Home' kawan-kawan kau. Friendster juga nampaknya sedang meplagiat kemudahan menghebohkan aktiviti ini.

Tapi bukankah memang begitu? Kalau kau tak suka, tak perlulah register. Kenapa kau nak sibuk-sibuk? Silalah delete akaun kau kat fb itu. Tapi aku suka application Boling Buddies dan segala macam games yg ada.


Satu hari nanti bila aku sudah jatuh cinta ngan fb, aku akan delete entry ini. Jangan tuduh aku hipokrit.

Sunday, March 8, 2009

Cinta Pertama

Ooohh... Macam sensitive je tajuk ini. Ok, bukan cinta pertama saya, tapi cinta pertama dia. Mengapa saya? Kerana saya sgt berlembut dgn dia.. Saya tamau mengasari dia. Dia baik, dan comel sekali. Tapi sayangnya, dia begitu tegar meninggalkan saya. Tapi saya redha. Walaupun saya merindui dia, tapi saya tahu, pemergian dia adalah utk kebaikan. Tak apelah, saya doakan dia berjaya dalam misi hidup dia.

Teringat kali pertama kami berjumpa, dia begitu pemalu. Mungkin x pernah melihat seorang gadis. Apetah lagi dipegang dan dibelai utk kali pertama, begitu kaku sekali saya melihat dia. Kehadirannya mengubat duka di hati saya. Pada hari itu, ada sesuatu yg berlaku pada saya. Ohh, ia bukan salah saya.. Di dalam kelas JDM, saya begitu kusyuk sekali mendengar syarahan EN. Irwan Jasbir.. Sumpah, saya sangat kusyuk. Saya boleh bagi lecture semula ttg tajuk itu kalau anda mahu.

Masa tu, kertas saya jatuh. Ya, hanya sehelai kertas. Agak jauh. Maka saya pun turun la dari kerusi dan melutut di atas lantai utk mengambil kertas itu. Beberapa perpuluhan saat selepas itu, "gedeganggg!!!" Kuat sekali bunyinya. Saya berpaling.. 'Ahh, kerusi aku..' Camne buleh jatuh. Suasana menjadi sepi ketika. Dan suara garau En. Irwan memecah kebuntuan, "Hahh, tido sampai tergolek dari kerusi!!" begitulah kate-kate beliau yg menyebabkn satu kelas gelak. Dan ya, ketika itu semua mata tertumpu pada saya. Yaa juga, kelas JDM di mana anda boleh melihat ratusan pelajar di dalamnya. Mereka tidak tahu kejadian sebenar, saya tidak jatuh ok... Saya mmg tersedia melutut atas lantai tu. Ni salah kerusi. Saya menjadi public figure utk seketika. Masing-masing sibuk bertanya 'adakah saya ok, camne saya leh tertido sampai terjatuh.' Malas lah nak layan.

Oleh kerana kecewa, saya ponteng kelas JDM. Melepak kat kerusi batu. Di saat itulah, dia muncul dpn mata. Sungguh dia menarik perhatian saya. Saya jatuh cinta pandang pertama. Tapi saya melihat dia dalam kepayahan. Lalu dengan senang hati saya memimpin dia, membelai dgn kata-kata semangat.

Saya bawa dia berjalan-jalan. Sepatutnya saya ponteng JDM utk ke lab cleanroom, tapi saya batalkn saja niat tu. Untuk dia, saya sanggup buat ape saja. Apa saja, just say it, my love. Ah, dalamnya cinta saya. Nila dia kesayangan saya.... Saya akn kenang dia sepanjang hidup saya walaupun die sudah pergi meninggalkan saya yg kerinduan.


ok, yg biru melekat kt tgn itu adalah sticker kat pen. Saya bosan selepas kejadian memalukan itu. Lupa nak tanggal.

Comel kan dia.

Si manja..Uwww

Saya namekan die Cici.. Tapi die lelaki ok?

Terbangla sayangku.. Slamat tinggal.... ;(

Saya terasa geli anak tekak sedikit, napa ye?

Saturday, March 7, 2009

Memori Daun Pisang

Mbek,mbek Kambing
Baa baa black sheep, have you any wool
Yes sir, yes sir, three bags full
1 for the master, 1 for the dame,
and one for the little boy who lives down the lane.
versi BM
Mbek mbek kambing hitam, kau ada bulukah?
Ye tuan, ye tuan, 3 guni penohh..
1 untuk tuan, 1 utk puan..
1 utk budak kecil tinggal tepi jalan..

Nenek aku
nenek-nenek si bongkok tiga,
Siang malam asek berjaga,
mencari cucu di mana ada..
nenek aku kawen ngan anak raja..

cucu-cucu xdapat lari,
nenek tua banyak sakti,
sekarang nenek nak cari ganti,
sape yg kena die yg jadi...

Nyonya
sep sep sep
mi mi mi
air pasang dalam surut pkul lima
nyonya bangun pagi siram pkok bunge
pokok bunge melor tanam tepi bats
itik betelor ayam menetas

cik ali baba jatuh lam parit
cik minah ketawa jerit-jerit
.............
................ (xingat)

Tok Wi
anak itik tok wi mandi dlm kolam
sakit ape tokwi sakit sendi tulang
ubat ape tokwi
ubat ............lang..
belang..belang..belang..(xingat jugak)

Bomba
umah tebakar panggil bomba
bomba dtg belumbe2..
(ni main lompat tali..)

Pok amai²
Pok amai-amai, belalang kupu²
teppuk bia pandai malam nti upah susu
susu lemak manis
santan kelape mudee
adik jgn nangis,
nanti akak cubit tinge (versi sndiri)

Sesape yg tengah kebosanan, ketertekanan, ketidaksiapan report FYP, kekelamkabutan membuat FYP, kekusutan, kelaparan, marilah kite same² mengenang nostalgia menyanyi lagu di atas..Sape yg xpnh tahu lagu2 nie adalah sgt kerugian zaman kanak-kanak beliau. Ahh,indahnye kenangan ituuu.....tayah buat FYP pun...

Thursday, March 5, 2009

FYPing

Forming Nanostructure by Using Trimming Process. Ok, it is nano.. 100nm bersamaan dgn 0.1micron. Itulah structure yang aku sedang cipta utk FYP aku. nano adalah mende yg kau xdapat lihat dengan mata kasar, dan aku adalah rabun (xde kaitan, microscope kn ada..)

Ok, nanostructures mempunyai banyak application dlm industri spt automotive, telecomunication, aerospace, computers, biomedical, even militiray systems (buat weapons pun guna teknologi nano utk bunuh lebih ramai orang..

Aku bagi contoh mudah, aerospace. Kau nak cipta kapal angkasa kena guna structure yg kukuh spt diamond.. Tp for god sake diamond adalah sangat mahal, baek kau hadiahkan kat bini kau je buat pakai. Utk menggantikan structure yg lebih kukuh tapi murah, kau ciptala nanostructure. Stucture atom dalam dinding kapal angkasa kau adalah nanosrtucture, maka ia juga sgt kukuh.

Contoh kedua, dalam medical uses seperti drug delivery. Bukan pengedar dadah ok? Ubat ini biasanya adalah untuk cancer. Kau nak cucuk pasakit kau kalau guna ubat yg berstructure atomnye sebesar lubang cacing, kau rasa ubat tu akan sampai tak ke dalam sistem badan pesakit kau dan menyerang cancer itu? (ok, aku xtau term² dlm medic, sila paham ayat ini).

Contoh yg paling mudah, ipod nano. nanti komputer kau pun akan sebesar tapak tangan adik kau je. Tapi harganya tidakla ridiculous sangat kan?

Nak form nano kau leh guna macam kaedah. Kaedah yg aku nga guna sekarang adalah kaedah yg lambat gila nak mampos tapi lagi murah; trimming process brbanding kau guna e-beam. E-beam ni dah lama wujud, tapi disebabkan ia mahal, maka orang pun ciptala satu kaedah alternatif utk dapatkan nanostructures.

Tapi agak mustahil utk aku dapatkan kurang dari 100 nm itu. Kalau aku dapat 1000 nm sekalipun aku boleh claim sijil master kot. Tujuan FYP aku ini adalah utk mendapatkan secret recipe utk trimming structure silicon itu menjadi nano shj. Structure aku skg baru mencecah 23, 000 nm. Haishh... Tapi ia menunjukkan perubahan, dari 100, 000nm kepada 20, 000nm.

Entry ini adalah utk memanaskan badan sebelum aku mula sambung buat report, tapi terlebih panas maka aku rasa nak tido pulak.

Doakan aku tabah dan rajin berusaha utk menyiapkan report yg tertunggak ini.

Ahh, bosannya entry ni. Aku perlu tido utk mendapatkan ilham. Tata