Thursday, March 5, 2009

FYPing

Forming Nanostructure by Using Trimming Process. Ok, it is nano.. 100nm bersamaan dgn 0.1micron. Itulah structure yang aku sedang cipta utk FYP aku. nano adalah mende yg kau xdapat lihat dengan mata kasar, dan aku adalah rabun (xde kaitan, microscope kn ada..)

Ok, nanostructures mempunyai banyak application dlm industri spt automotive, telecomunication, aerospace, computers, biomedical, even militiray systems (buat weapons pun guna teknologi nano utk bunuh lebih ramai orang..

Aku bagi contoh mudah, aerospace. Kau nak cipta kapal angkasa kena guna structure yg kukuh spt diamond.. Tp for god sake diamond adalah sangat mahal, baek kau hadiahkan kat bini kau je buat pakai. Utk menggantikan structure yg lebih kukuh tapi murah, kau ciptala nanostructure. Stucture atom dalam dinding kapal angkasa kau adalah nanosrtucture, maka ia juga sgt kukuh.

Contoh kedua, dalam medical uses seperti drug delivery. Bukan pengedar dadah ok? Ubat ini biasanya adalah untuk cancer. Kau nak cucuk pasakit kau kalau guna ubat yg berstructure atomnye sebesar lubang cacing, kau rasa ubat tu akan sampai tak ke dalam sistem badan pesakit kau dan menyerang cancer itu? (ok, aku xtau term² dlm medic, sila paham ayat ini).

Contoh yg paling mudah, ipod nano. nanti komputer kau pun akan sebesar tapak tangan adik kau je. Tapi harganya tidakla ridiculous sangat kan?

Nak form nano kau leh guna macam kaedah. Kaedah yg aku nga guna sekarang adalah kaedah yg lambat gila nak mampos tapi lagi murah; trimming process brbanding kau guna e-beam. E-beam ni dah lama wujud, tapi disebabkan ia mahal, maka orang pun ciptala satu kaedah alternatif utk dapatkan nanostructures.

Tapi agak mustahil utk aku dapatkan kurang dari 100 nm itu. Kalau aku dapat 1000 nm sekalipun aku boleh claim sijil master kot. Tujuan FYP aku ini adalah utk mendapatkan secret recipe utk trimming structure silicon itu menjadi nano shj. Structure aku skg baru mencecah 23, 000 nm. Haishh... Tapi ia menunjukkan perubahan, dari 100, 000nm kepada 20, 000nm.

Entry ini adalah utk memanaskan badan sebelum aku mula sambung buat report, tapi terlebih panas maka aku rasa nak tido pulak.

Doakan aku tabah dan rajin berusaha utk menyiapkan report yg tertunggak ini.

Ahh, bosannya entry ni. Aku perlu tido utk mendapatkan ilham. Tata

2 comments:

yanie said...

perrgghh..bijak rr tiqah..:P
gud..gud..:)

myatiqah said...

kalo bijak dah lame fyp sy siap..ohh itu malas namenye.ok