Wednesday, February 15, 2012

9 months of loves

Dah 9 bulan. Kalau ibu mengandung dah dapat baby sorang. Kalau lucky, dapat dua sekaligus, kalau super lucky, mane tau tiga? kah3...

Im feeling lucky at this stage aku still feeling² in love with my own hasben, yelaaa takkan nak in love ngan laki orang pulak kan. I bet sebab kami jauh. Hari-hari mahu mesej. Nak tido meset, nak bangun tido meset, nak makan meset, nak kuar umah meset, nak masuk umah pon meset, nak kentot meset, nak mandi pon meset. Kalau ada depan mata perlu ke meset² bagai camni. Nak kentot, teros lepas jela tak sempat nak warning pon.

Ok entry jiwang tak leh panjang².

Wanna wish happy 9th monthlyversary to Mr. Lobster. Haa gediks.

May proceed to next planning after bulan 4 ini, dah cukup setahun dah kan? kehkehkeh...

Friday, February 3, 2012

Umar Uwais

Satu kelahiran generasi baru boleh mendatangkan perasaan tua dalam diri. Nasib baik bila belek-belek cermin nampak budak sekolah yg sedikit gemok kiyup dan comey. Tapi itu kalau dalam cermin, realitinye? Ok realiti memang pahit utk ditelan. Salahkan realiti.

Syukur alhamdulillah anak sedara aku selamat dilahirkan secara normal even baru berusia tujuh bulan. Tapi kesian tengok dia asek demam panas. Kepala pun sangat lembek macam boleh picit-picit dalam belon ada air. Baby biasa seminggu dua dah kering tali pusat, si Umar dah nak masuk 30 hari pusat tak kering lagi. Tapi aku sebagai makcik hebat mestilah handal dalam menangani perkara macam ni. Sebelah tangan je aku dukung dia tanpa sebarang masalah. Selamber je dia boleh tidor dalam dodoian ku. Hebat bukan? Ade sentuhan motherly di situ.

Welcome to cruel world my dear boy, enjoy every moment as what your antie do.

Hello Umar Uwais

Muka abang aku mase kecik

p/s Semalam dapat berita my universitas colleague meninggal sebab jangkitan kuman pada jantung. Her name Intan Shuhadah. I harly know her but she is surely pretty, young, happy go lucky and newly weds. Mase beliau sakit, beliau tengah pregnant maybe 5 months, but her baby didnt make it to the world, but her baby pergi dulu dari dia. Left alone her husband. Al-fatihah to both ofthem. Allah will not spare us any seconds when we are finally summoned to our destiny and may them rest in peace forever. Al fatihah again.

Friday, January 13, 2012

Chemical pregnancy

Ni first time aku dengar term ni. Bunyi macam pregnancy yg memerlukan chemical utk pemprosesan. Ok bukan. Malasla nk ulas, boleh baca sini dan sini ya adik-adik. Aku macam agak pelik bila period overdue sampai 10 hari, but bila gone thru some HCG, it showing negative. So tidak la nak harap ape-ape. But then on the 11th day period datang, it seems unnormal dan super sakit & crampy . Stil buat tak tahu lagi. 2 weeks later, after dah clean dari period, ada bleeding. But knowing me, aku buat rilek je, or sebenarnya takut nak gi cek. Knowing my Lobster, beliau lebih menggelabah tapi macam aku jugak, don't know where to refer.

So that is how this term came forward us. So many reason why it is happen.. Dah tak der rezeki. Aku pun tak expect ape-ape. Allah know what best for us. Better early dari aku dah start menaruh harapan. Tak sedar pun ia berlaku. Tak sempat nak notice, rupanya ia dah berlaku.

Aku tak tahu ape yang terbaek sekarang, getting pregnant or wait till Lobster pindah Kulim. I'm not sure whether I can go thru the tantrum, the muntah-muntah or the mengidam sorang-sorang. But if it is happen, somehow aku kena go thru jugak kan. What ever best for us, aku terima. So there is no more planning on it, we just follow the flow. Well, selama ni pun takde planning pon.. Lobster cakap takyah nak plan-plan, kalau ada tu rezeki. Kalau tak rezeki, kita berchinto puas-puas dulu. Kehkehkeh.

Masyarakat setempat pun dah mula bertanya bila nak renovate family jadi besar skit. Hehehe.. Insyallah, tengok baby comey-comey sape tak teringin. Just, it is not as easy as wishing for something else.

For meanwhile, bolehla aku bercinto ngan Lobster dulu, lepas ada anak nanti kena berkongsi kasih pulak. Ehek. =P


Thursday, December 8, 2011

Meaningful Thursday...

I'm a sad yet happy wife. Mungkin yg dimaksudkan 'angle' itu ialah yg ku masih punya shape, belum lagi menjadi bulat, 'round'. *sedapkan hati*

Thank you, my octagon. Every angle has its own story. Mahahaha/

Wednesday, November 16, 2011

cerita raya haji

Ini cerita lama punya. Tapi sebab perasaan busy, baru sekarang keinginan nak menghapdate datang. Anyway, good news is minggu yg super busy dah berakhir. Yayyyy ombak, ombak. Takyah OT lagi, kol 5.30 dah boleh chow. Nak chow lagi awal pun bulih, pandai-pandai tanggung jela. Hahaha

Raya haji tahun ni simple je. Memang raya haji simple-simple je pon. Mane penah meriahnye. Bertukang kat dapur ngan daging ngan tulang je is nehi meriah one. Yang bagusnya is ini adelah raya haji pertama ngan Lobster. As dia mengaku tak pernah fully involved ngan aktiviti korban-mengorban ni, dia la excited lebih sorang². Aku ni tak heran dah, tiap-tiap tahun tengok. Siap pernah kena kejar ngan kerbau lagi, kerbau tu kepala dah nak putus tapi gagah lagi boleh bangun kejar kami yg menonton ni. Lari angkat kain la. Nasib baik masa tu aku kecit lagi. Spender pon londeh-londeh lagi, so tak kisah lari angkat kain pun. Hahaha

Tapi tahun ni aku anta Lobster je jadi wakil. Aku tak gi tengok pon, malas. Lobster balik seronok die cerita die tolong pegang tali lembu ngan basuh perut lembu. Good move bebeh. Dah pandai basuh perut lembu. Tapi makannya idak. Kalau tengokkan size perot dia, orang akan ingat laki aku ni pemakan apa saja. Masa aku awal-awal dulu before tak kawen lagi ngan dia pun aku ingat dia ni jenis telan semua. Tapi rupanya tidak. Lobster aku penggeli orangnya. Kerang, siput sedut, sup belut, sup kaki lembu, perut lembu, hati ayam jantung-jantung tu semua dia tak makan. Hahaha lame la you. Itu la yg sedap tahu. Rugi betol. Kehkehkeh

Malam raya tu adik aku ngan Lobster bakar kaki lembu. Aku yang tengok tu mula-mula pun rase geli nak makan. Sekali pagi esok ibunda yang hebat dan mantap buat sup kaki, haa amek kau. Poning palo den makan kaki lembu. Laki aku tengok je. Sian dia.

Eh asal raya puasa raya haji semua balik kampung aku? Hahah envy anyones? Aku kan diktator. Hahaha. Sebabnya tahun depan insyaAllah kalau takdak aral melintang kami akan beraya kat Sarawak pulak. So memang tak dapat nak raya pertama di rumah ku raya kedua di rumah mu la. Memang kena rotate setahun sekali. Sobsob. Syuhsyuh nyah kau perasaan. Belum pape dah emo. Haha. tapi excited jugak kan, raya di tempat orang (Sedapkan hati.)

Macam biase, aku nak belagak ngan gambar-gambar pulak. Layanz.


Hasil korban. 2/3 disedekahkan.

Hasil dari takde sape heran nak bergambar. gambar sorang² pun okla.

Puding roti bercaramel yg ohhhh...mak buat

Hasil kawan baek aku dari sekolah rendah. Sampai sekarang aku xcaye die dh jadi mommy. Ingat dulu kecit-kecit gatih basikal dalam hujan pegi beli samosa. Nostalgia sungguh.

Ubat julap. Makan daging banyak sangat sampai susah nak ehem,ehem.

hasil lupa taruk corn flour, cair huduh. rasa mantap.

Hasil terbakar. Rasa kurang rupa pun huduh.

Friday, November 11, 2011

Cuti-cuti Malaysia















Sekian entry si pemalas.

Monday, October 24, 2011

EMO nemo hemo-hemo

Macam biasa bila tak ade kerja or malas nak buat keje aku akan jalan-jalan baca blog dan cari pasal. Dah niat nak cari pasal memang jumpa pasal la kan. padan muka diri sendiri.

Pasalnya, terjumpala just a short sentences pasal PJJ je pun. Tapi aku kan emosi, jiwa kacau takde pasal, tetibe butthurt ngan statement itew. Ayatnye lebih kurang macam nila; PJJ is something ridiculous and BS (bullshit?? kau kata??u shit) sebab isteri patutnya di sisi suami bukannya jauh beribu batu.

Hey harusla aku butthurt sebab a week before pun ade sorang member tanya aku bila nak pindah duduk same la, kesian laki kena ulang alik every week la apela, aku yang patut pindah ke KL ikot laki not dia yg pindah kulim ikut aku la, sangap la sebab asek ulang alik tak kira penat la ape la. TQ for being so concern but no thanks.

Ok bagi aku tarik napas jap, kang aku mencarut laju-laju plak. Baeklah kepada isteri-isteri yg sooo lucky sebab balik je keje kau boleh pelok ciyum laki ko, bangun pagi-pagi kau boleh mengadap muka laki kau itew, know that bukan niat kami pun nak PJJ ni. Bukan aku masukkan pon dalam doa harian supaya aku ngan laki aku akan teros PJJ so that tiap-tiap minggu kami leh feeling berchinto sebab jarang-jarang jumpa.

Ingat aku suka ke PJJ camni. Kalau boleh, hari ni saat ni jugak aku nak pindah duk dekat-dekat ngan laki aku. And i believe pasangan PJJ marriage di luar sana pun tak de yg galak sgt suke sebab PJJ ngn pasangan masing². Rational plis. Kau kawen utk ape, utk duk jauh beribu batu & menyusahkan diri sendiri travel every weekend ke? Nope kan? So are we. Kami tidak minta dilahirkan begini. EH.

Sila bersyukur ngan life masing-masing & dont jugde our life as ridiculous watsoever kalau kau tidak berada dlm situasi macam mereka yg kau nak judge itu. Sekian. Emo tahu emo.

Emo tak emo minggu ni Mr. hubster ada kat kulim utk seminggu. Beraya sakan la aku. yay ade orang tolong kemaskan katil pagi-pagi. Hohoho