Wednesday, May 20, 2015

placenta previa type 3

Seawal pregnant lg doctor dah scan placenta aku kat bawah. Tu pun sbb aku bleeding masa weeks 10 sampai weeks 16 kalo tak silap. Tapi melalui pembacaan dan pentanyaan sekitar, low lying placenta during early pregnancy is not a big concern yet. Sbb rahim kita masih kecik and we still dont know kedudukan sbnr uri tu.
Bagi contoh, kain yg duk dalam belon kecut. Belon tu rahim, kain tu uri. Sbb ruang sempit, kain tu nampak duk bawah kt lubang tiup angin kan? If the kain aka placenta tu is actually attach kt bhgian atas pun, still nmpak die kt bawah jgk sbb ruang sempit. But as we blew up the belon aka rahim makin mmbesar, seakan2 kain tu gerak ke atas. Yg sbnrnye mmg kain tu lekat atas dh.
Different cases with placenta previa, uri tu either melekat kt OS (laluan cerviks) completely or partially and even belon membesar pun,dia akan stay situ happily ever after. Kut. Unless with Allah's will, miracle do happen, kan?
Bcoz secara saintifiknya,uri takbleh gerak. It seems like its moving sb rahim yg mmbesar. Imagine the kain & belon tu lah.
Back to my story, doc just pesan to extra precaution bcoz i bleed je, not bcoz of the lying low placenta sgt. But again, doc kan salu concern lebih bcoz they know more and we cant confirm yet kedudukan placenta ku di mana in early preg tu.
Sehinggala my next scan on 27weeks. Actually ni alternative kami sendiri nak scan sbb on 28weeks aku dah book tiket flite balik Kuching masa awal2 pregnant dulu. So kena pi mtk surat doctor kalau nak fly takut2 tak lepas gate nti. Konon2 nak balik jumpa granny ngan grandpa lah kt kg smbil makan mee kolok kambingsss yg enak ittewwww.hahaha.
I did experienced so much pain (which im not sure if its normal for all preg ladies or bcoz of the uri bawah tu). I had pain di celah kangkang as early on my 20weeks, dan sakit mencucuk bawah perut yg datang tanpa ku pinta pergi pun tetiba. Kekadang rase mcm daging kena hiris2 kt ari2 bila baby gerak.
Bila scan doc kate uri mmg sgt rendah, look like type 3 to 4, but need to scan after 28w to confirm. Still, he refused to write my flite permission and advised me to cancel the flite jelah.
Time ni sedih dan rasa bersalah sgt2 kat Lobster. Yelah, kampung dia. Dah lama tak balik. Ikutkan hati mmg ingt nak tawakal je balik, even Lobs kate takpe tak balik, kesihatan baby kena jaga, tapi tengok air muka beliau tu pun wa dah bleh baca bertapa kuciwanye dia, lagi mau berpura2 sama wa.
Tapi bila pikir balik, we've been waiting for almost 4 years utk conceived, so takpelah. Tak perlu amek risiko even some ppl kate, eh kawan aku/makcik aku/jiran sebelah/bini bangla jual karpet/bini no 2 cikgu aku dulu pun uri rendah juge, ok je anak dia skg. Nanti2 naikla uri tu.
Nak tunggu nanti tu, entah naik entah tidak, should i risk my baby? Yg jiran korang yg dah berlalu dan dah beranak dan rezeki dia uri dia berubah kedudukan ke atas tu bagusla. Nasib aku belum tentu. Meanwhile, i dont want to take the risk. Okay? :D
Walaubagaimananya pun, on 28ws, we still went to 2 other o&g for different opinion. Still, the results is same. Cuma sorang doc kate macam PP type II-III, sorang lagi kata PP type III-IV.
On 30w, aku mmg ada prolong appointment dgn doc pakar di gomen hosp sbb masalah bleeding and so on tu. Doc pakar kat hosp gomen yg check aku kali ni is an old indian lady.
Bila scan dia kata mmg PP type III, so i need to be warded. Masa tu, even mmg aku dah well-prepared dgn pembacaan kes2 PP mmg mostly akan warded, tpi otak teros blank. Tengok Lobster, tgk doctor. Tak boleh tak boleh, aku bukan sakit tak boleh jalan pun. Wah kau, ketegar. Maka doc pun bagila taklimat serius beliau. Dlm otak sbnrnye pkir keje, pkir laki,pkir keje dan laki again. Doc pun bagi alternatif MC 2 minggu, dgn syarat there is someone to take care of me at home & boleh bawak aku pegi hosp immediately if ada even slightly bleeding. Pp cases ni, kalau bleeding masa trimester last, tu yg bahaya. Selagi tak bleeding, mmg la tak bahaya. Tapi who knows bila nak bleeding tu kan, thats why they need to monitor PPs mommies. Tapi bila xbleeding, bahaya time czer plak. Malas nak taip pjg2 bolehla pg google sendiri.
Ok bila doc ckap camtu aku pun setuju jela padahal mana ade sesapa nak bwak pi hosp immediately pn, sambil tenung laki. Hahah. Just pray hard aku takkan tumpah darah within this 2 weeks. Pls. Pls. Ameen.
Btw ni baru hari pertama MC lepas aku delay 2 hari sbb nak passdown keje. Dah rasa bibit2 bosan dah cemane. Wahahaha.
Ok bye.

1 comment:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)