Sunday, September 25, 2011

Cerita Header

Begitu gigih skali aku mengedit header kat atas tu. Padahal time duk kat opis tu sempat lagi mengedit. Oi, bukan working hours ok, tapi time malam-malam kununnya nak berOT tapi ended menginvisible-kan instant messaging (IM) dan tutup terus work station, bukak blog. Bagus bukan. Namun haruslah ku tolak jam OT, kang tak baraqah plak hasil pendapatan, dahla nak bayar zakat pendapatan pun liat. Tak bagus, tak bagus.

Gambar pertama bajet pengantin sengeh-sengeh depan pelamin tapi pakai baju kurung tu masa raya 2011. Raya tahun nilaaa, first time beraya laki bini syok wooo.... One of my best buddies kawen ngan rakan sekolah rendah dia yuuu... Jiran sebelah rumah pulak tu. Tak gaduh nak berebut balik raya mana. Ni aku ni raya tahun ni belum habis lagi dah menitik air mata mikio tahun depan tak dapet eden nak beraya sama omak eden di kampung. Sobsob...

Gambar second ala-ala gediks manja itew baru lepas akad. Harusla menggetis habis kann, nasib baek sedar diri photographer time tu adik aku maka sopan la sikit gayanya. Kalo ikotkan hati dah ku terkam-terkam dah, dah halal beb. Ko hade??? Hahaha
Yang atas tu tulisan berwap-wap. Hah saspen tak? Berwap yuuu. Lu pikir la sendiri. Hahaha

Yang 3rd one gambar gangster posing ayu kat dalam hutan. Time ni gambar aje nampak manis, tapi sebenarnya tengah ade isu hangit tu. Nasib baek ada 2 lagi member ikut time ni, kalo tak ngan aku-aku hangit dikerjakan. Tapi sendiri punya cari pasal kenala redho je. Hahaha... **Setelah hutan tebu dan lalang-lalang tajam yg kita lalui, akhirnya kite dinobatkan jgk sebagai suami isteri. Terharu ai, walopun yu selamber je kan tak datang minggu ni sebab yu lagi sayangkan kete yu dari ai ni, nak pi servis la hape la ai tacings yu makan pun tak lalu, gi kenduri umah orang pun makan sikit je tawww sebab hati tengah jeles ngan kete yu tu. 2 mangkuk mee kari sepinggan nasik hujan panas bergelas-gelas float ngan secawan triffle tu ai kire macam makan sikit je hokehhhhh.....Tapi xpela, tanpa kete yu, mesti ai hari-hari naek bas bau tengik kat Shah Alam tu...sobsob kesat air mata.. Minggu depan kalo yu xnak bawak ai pegi makan meatball kat ikea ngan belikan set pisau yg kaler-kaler tu kat ai, ai mogok xnak turun KL** guuuguuu.. Ko percaye?

Ok next gambar feveret aku. Lukisan ni encik hubster lobster yg lukih time jaman mengorat dulu. Chumil kan beliau. Dahla sayang kete dari aku, pandai melukih plak tu, comel sungguh. Hey sukati aku la nak puji laki sendiri. Ko pegi maen jauh-jauh kalo xsuke. Hahaha

Motip lukisan laki tu tengah pegang handbag?? Tatahan yang pompuan tu tengah dukung baby, siap ade kucing seko. Nway aku harap rumah kami nanti tak adelah sebesar tapak tangan boleh muat kami dua orang je mcm dalam lukisan itu. Aminnnnn....

Last dua cinonet tu, gambar aku tengah pegang kad yg husbter lobster bagi masa tengah dating kt KLCC makan popia supersister yg super shedap lagi besar mcm betis aku. Next to it gambar tengah kuish-kuish bungeeee kununnye maluuuu tapi mahuuu mase majlis pertunangan kami.

Gigihhhh kan hakuuu????

Miss my hubster lobster. sobsob...
*mood meghajook kabhi kushi kabhi nehi hey*

Thursday, September 22, 2011

Entry sedapkan hati yg memegang (touching) sbb keghinduan

Tengok anak orang comel-comel buat hati nak belanak jugak. Tapi bila mak anak comel-comel suruh cuba try test dukung anak comel, hati kecut tangan gigil hidung berair. Kalau anak orang comel-comel menangis muka buruk-buruk kau bleh pass balik kat mak die, tapi kalau anak kau sendiri comel maknya tak comel bapak lagila, takkan kau nak pass kat jiran minta beliau pujuk rayu anak comel berkenaan supaya diam.

Tengok mak orang comel-comel bawak perut buat hati nak belanak bawak perut jugak. Tapi kalau dah laki duk berbatu-batu di barat, bininya berpasir-pasir di utara, maka dah tak comel nak bawak perut sorang-sorang dan pergi pasar beli ikan. *menanges*

Ok exaggerated.

Sebenarnya nak canang cerita kebaikan dan khasiat-khasiat apabila berhubungan secara jarak jauh dengan suami. Sebenarnya cakap kebaikan dan khasiat supaya hati tidak terguris sebab kat sebelah ada henpon dan botol air tidak berisi dan bukannya laki yg memang berisi dan gemuk.

Cerita Dongeng 1.
Kalau ade errors dalam perjalanan dan kehidupan (baca: tak puas hati, nak cari gaduh, nak bertumbuk), kau boleh waive dulu perasaan itu sebab tak nak masa terbuang dengan sia-sia. Tapi bertumbuk dengan laki kau tidak semestinya sia-sia, kalau kena gaya boleh jadi medium merapatkan silaturahim jugak jangan tak tahu.

Cerita 2.
Kalau jumpa mesti nak hargai setiap saat yang ada. Tapi jujurnya bukan setiap saat. Saat baru jumpa dan saat nak berpisah tu je baru reti masing-masing nak hargai. Saat, minute dan jam yg di tengah-tengah tidak sangat.

Cerita 3.
Mengasah bakat memasak sang isteri. Kalau duduk sorang-sorang mungkin hari ke-28 dalam bulan itu baru beliau teringat nak cari periuk letaknya kat mana. Tapi dengan adanya sang suami kat umah, terpaksalah haruslah isteri dengan riaknya nak tunjuk skill memasak.

Cerita 4.
Boleh kumpul baju selama seminggu lalu dengan muka kesian mengharapkan laki boleh membantu meringankan beban. Biasanya memang tolong la, tolong temankan. Okla tu daripada kesedihan basuh baju sorang-sorang sambil diperhatikan dengan kasihan oleh anak-anak bulu berdua ekor kat umah itu.

Cerita 5.
Membibitkan rindu dan dendam. Boleh elaborate ikut kemampuan dan daya saing masing-masing. Bye

*Tiada kesalahan tatabahasa dalam entry kali ini sebab hati tengah berkobar-kobar nak apply jadi cikgu. Penat melukis petak-petak biru merah hijau kuning. Tapi belanak itu memang bukan kesilapan tatabahasa. Kecik-kecik dulu aku memang pelat R dan cakap 'yayaaayyy mak nak belanak, mak nak belanak!' bila adik aku nak keluar.

Sekarang sudah tidak pelat lagi. GRRrrrrrRRrrrrrrrrRrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.

Wednesday, September 14, 2011

never wordless on wednesday

Coz picca speaks louder than words (pepatah baru), maka aku uplod gambar jela kasi banyak skit. Cite banyak-banyak pun tak guna, macamla ada orang baca.hahaha..

Mari ikut sequence yg betol. Kita mulakan dengan hari raya. First time beraya ngan seorang lelaki bernama suami. Perasaan memang rajin abis, rajin memasak, rajin mengemas, membebel pun rajin jugak. Tapi syoknye. Kalo tahu dah lame aku kawen. Hahaha gediks.

Bila raya, mestila ada open house. Ade jugak yg mengambil kesempatan cuti raya ni buat kenduri kawen. Aku pun same jgkla. Jangan tak tahu, kenduri kawen belah laki aku baru je berlangsung hari raya ke-11 yg lepas. 3 bulan weolls bergelar pengantin baru tau. Heavannnnahhh..~!! hahaha

raya ke-1

raya umah orang

raya kat kenduri orang

raya ngan pengantin

raya ngan asap

raya ketiga baru nak bergambar

baju raya paling meriah

bercanda di tepi paniai
duduk bergolek atas pasir
.............
sila sambung sendiri