Tengok mak orang comel-comel bawak perut buat hati nak belanak bawak perut jugak. Tapi kalau dah laki duk berbatu-batu di barat, bininya berpasir-pasir di utara, maka dah tak comel nak bawak perut sorang-sorang dan pergi pasar beli ikan. *menanges*
Ok exaggerated.
Sebenarnya nak canang cerita kebaikan dan khasiat-khasiat apabila berhubungan secara jarak jauh dengan suami. Sebenarnya cakap kebaikan dan khasiat supaya hati tidak terguris sebab kat sebelah ada henpon dan botol air tidak berisi dan bukannya laki yg memang berisi dan gemuk.
Cerita Dongeng 1.
Kalau ade errors dalam perjalanan dan kehidupan (baca: tak puas hati, nak cari gaduh, nak bertumbuk), kau boleh waive dulu perasaan itu sebab tak nak masa terbuang dengan sia-sia. Tapi bertumbuk dengan laki kau tidak semestinya sia-sia, kalau kena gaya boleh jadi medium merapatkan silaturahim jugak jangan tak tahu.
Cerita 2.
Kalau jumpa mesti nak hargai setiap saat yang ada. Tapi jujurnya bukan setiap saat. Saat baru jumpa dan saat nak berpisah tu je baru reti masing-masing nak hargai. Saat, minute dan jam yg di tengah-tengah tidak sangat.
Cerita 3.
Mengasah bakat memasak sang isteri. Kalau duduk sorang-sorang mungkin hari ke-28 dalam bulan itu baru beliau teringat nak cari periuk letaknya kat mana. Tapi dengan adanya sang suami kat umah, terpaksalah haruslah isteri dengan riaknya nak tunjuk skill memasak.
Cerita 4.
Boleh kumpul baju selama seminggu lalu dengan muka kesian mengharapkan laki boleh membantu meringankan beban. Biasanya memang tolong la, tolong temankan. Okla tu daripada kesedihan basuh baju sorang-sorang sambil diperhatikan dengan kasihan oleh anak-anak bulu berdua ekor kat umah itu.
Cerita 5.
Membibitkan rindu dan dendam. Boleh elaborate ikut kemampuan dan daya saing masing-masing. Bye
Membibitkan rindu dan dendam. Boleh elaborate ikut kemampuan dan daya saing masing-masing. Bye
*Tiada kesalahan tatabahasa dalam entry kali ini sebab hati tengah berkobar-kobar nak apply jadi cikgu. Penat melukis petak-petak biru merah hijau kuning. Tapi belanak itu memang bukan kesilapan tatabahasa. Kecik-kecik dulu aku memang pelat R dan cakap 'yayaaayyy mak nak belanak, mak nak belanak!' bila adik aku nak keluar.
Sekarang sudah tidak pelat lagi. GRRrrrrrRRrrrrrrrrRrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
7 comments:
kesian
diam!
wow..
cantik header baru...hehe..
csk: wowww wut?
polan: mmgla penat org buat smpi kena OT buat ni.hahha
belanak la tiqah.. hahah. doktor chang siap pesan kt kami,
"i will need to see you again after your confinement. nk discuss bout family planning. jgn pulak after 3 months you dtg jumpa i kata you pregnant lg.."
haha, doktor boley tau kekerapan aktiviti katil anda. hahaha
http://wanwidget.com
hehehee
Post a Comment