Thursday, May 13, 2010

Ugut Diri Sendiri Tentang Mati

'Dey Atiqah, kau rasa esok kau boleh hidup lagi ke?'

Kau tak sure kan? Maka dgn itu, sudah-sudahla buat dosa. Ingatla mati itu pasti. Insafilah setiap dosa-dosa kau ngan Tuhan, ngan makbapak, ngan kawan-kawan, ngan adik-beradik, ngan diri sendiri...

Aku mengugut diri ku tentang mati. Semoga aku tidak lalai. Jangan aniaya diri sendiri.

Thursday, May 6, 2010

Teori Berkawan Versi Makan Kawan

Dalam sesuatu hubungan apa yang penting bukan kerjasama tapi toleransi atau bahasa mudahnya tolak ansur.

Eh ape mukadimah nih?

Bagi aku, kalau kau ade tak puas hati ngan kawan kau, kawan kau pasti pernah touching jugak ngan kau. So takyahla kau nak besar-besarkan cite sampai tak bertegur-sapa berpuluh-puluh minit lamanye.. Lama tuu..

Tapi teori ni aku apply kat kawan-kawan yg aku betul-betul kawan je.. Eh ada yg kawan tak betul ke? Itu yang kite tak tahu..

Maksudnya, kawan yang kau senang bersama. Kawan yang pernah susah bersama. Kawan yang menadah telinga dengar cerita-cerita kite. Kawan yang btol-btol ikhlas kawan ngan kau. Yg xikhlas, kau boleh terjun bangunan sekarang.

Alah, mende kecikla kalau nak touching-touching ngan member sendiri. Lepas hilang touching, dah boleh berkasih-sayang pelok ciyom gurau-gurau manja balik. Tak ke romantik tu.. Ni asek nak BEROMENtik ngan pakwe kau je. Meh romentik ngan kengkawan plak.

Jom pergi makan.