Tuesday, July 12, 2011

Blessed bufday

Macam biasa rutin sejak sebulan yg lalu. Weekend ritu turn aku turun KL. Jumaat plak bufday aku, bukan maen syok la xsabar nak bejumpe. Keje jangan cakapla, bukak tutup bukak tutup x buat ape pon.

Jumaat itu oleh sebab Sabtu tu operasi Pembersihan Version 2.0 akan berlangsung, aku dengan bijaknya mngambil langkah berjaga-jaga; blah awal dr opis. Dengan jayanya kol 6 dah terpacak kat Shah Alam. Heavenly tanpa sebarang gangguan jem dan road block. Tapi nak exit Sg Buloh ngan Shah Alam tu memang lumrah hari-hari pon jem.

Malam tu non ada aktiviti kecuali aktiviti somi isteri. Hoh pikio hape. Aku punye drive jauh, xde nak larat nak beraktiviti pon. Lepas amek Husband kt Sh Alam, mecut plak ke Mines, anta member aku kat situ. Tros mecut balik homestay, tidur. Blessed x bufday celebration haku? Gitula gamaknya laki aku, dari becinto sampai lani istilah romentik tu mcm virus, susah benar nak adaptnye.

Pagi esoknya aku buat la bekpes tungtang² skit. Husband aku ni kununnya nak berdiet Atkin la bagai. Diet Atkin ni diet yg kurangkan carbs & lebihkan protein. Maknanya di situ, kau nak hamek banyak mana pon protin, nak makan 4 ekor ayam pun dibenarkan asal kau kurangkan carbs (baca: nasik, roti, tepung, oats, roti canai, nasik lemak, sotong goreng tepung, nasik beriani mamak etc,etc) Nak tahu lebih lanjut sperti biase, tanyelah pakcik Gugel masing².

Aku tengok muka tahu dah xkenyang makan itu je. Tapi ade hati lagi nak berdiet tu. Sukati la, senang skit aku xyah bertungkus lumus berpeluh pelan kat dapur kan. Aku memang saja suh Husband carik homestay yg bagi dapur bagai, senang aku nak bersilat masak. Jumpa pon seminggu sekali, aku leh masak time aku ke KL je, masa dia datang Kulim xmenyempat nak masak sbb kami duk hotel murahan, xdek jumpa pun homestay murah kat cni. Lagipun masak kt sini xmencabar. Masak kat sana nun mencabar. Mane tak mencabar kalau sampaikan senduk minyak bawang sup bunjut pun aku kena bawak sendiri dr Kulim, pastu angkat balik Kulim balik kan. Haa gigih tak binik ini.

Pas bekpes boleh bantai tidur jap. Tengahari chow gi jenjalan. Mule² macam tingin nak gi tengok operasi Pembersihan, tapi macam xdek pekdah utk aku buang masa kat situ, bek aku brdating² ngan laki aku. Aku ni ibarat majoriti senyap macam kate PakJib tu, menyokong dari jauh. Keh3. Ah off topic politik, ini entry cintan-cintun geli geleman, bukan entry mengutuk kehaprakan kerajaan & cai² mereka politik.

Semua exit memang jem tahap gigil lutut drebar punya. Lane hiway yg lima tu polis pi bukak 1 je, ko bayangla cemane tak jem kan. Sib baekla Husband aku nih bolehla tahan ilmu pengetahuannye ngan selok belok jalan kt ctu. Asl jumpe jem je, die amek exit, asal jumpe jem je, die exit ikot jalan ke mane². Sampai la jugak kami ke tempat dituju, semate² nak lunch je pon. Pastu Husband aku yg tidak romentik itu belila sepasang baju kurung cotton kt aku. redho jelah. Katanya, tinging sgt nk tengok aku pkai baju kurung bunge kecit². Layan je. Nak harap aku pakai baju kurung g opis, bolehla 2 minggu sekali. Nak wat hape jugak, bukan laki aku ade kat opsi tu.

Balik petang tu, aku masak untuk dinner plak. Pas makan, laki aku insist suh aku masuk rehat dulu, biar die basuh pinggan mangkuk piyok belanga. Bini mane xbersyukur kalo laki offer camtu, xsampai buat sujud syukor je lagi. Hahaha

Ghope²nye ade seprise kat dapor. Patotla beriya nak kemas dapur. Masa aku masak pon menyelinap kuar jap. Okla tu, not bad utk lelaki yg dalam kategori xromentik. Keh3.. Tengok ni, aku appreciate ok. Mulut je cakap laen. Mahaha..

Esoknya bertungtang kat Sg Sendat. nantila aku post dalam entry laen xtivi menyendat kat Sg. Sendat, Ulu Yam, dekat² patong berdiri tu. Ngantok sudaaaa...



Ayam goreng suka hati

Sup xingat masuk kentang+ tertumis rempah smpai hangit
Sayur campak

Monday, July 4, 2011

Demam

Travel back and forth utk sebulan ni memang boleh buat aku pengsan jap. Tapi mase nak travel x ingat dah badan tgh demam ke, penat ke.. Yg penting leh jumpa Husband ngn family tersayang, ilang jap ase penat. Tapi once touch down kt Kulim, mulala badan buat perangai.Heh

Semalam badan dah setat seram sejuk dah, hingus pn dah macam air paip je. Colleagues aku pun tegur muka aku macam bengkak skit. Ayokkk. Ke bengkak sebab makan banyak. Haha

Minggu ni turn aku turun KL. Elokla tu, dahla ade perhimpunan Bersih, jgn sampai jem & rosak plan aku dahla. But anyway, i will go for bersih instead of kotor. Hanya pengotor je yg takutkan kebersihan. Mahaha. Just pray my plan nak berdating-dating ngan Mr. Husband tidak tergendala.

Pagi ni bincang² ngan Mr. Husband tentang expenditure kterg. Travel Kulim-KL-Kulim, penginapan, contingency costs, makan minum tu mmg dah tolak tepi la sbb before kawen pn mmg dah makan kan. Hahah. Coming to conclusion, mmg over budget yg memang super over lah. Let say aku pegi KL, duk homestay/hotel murahan satu malam dalam RM 150, cost travel dlm RM 100, kalau die datang kulim, cost penginapan RM 100, travel RM 100 jugakla let say. Dah makan RM 450 utk 2x travel. Kalo 4x travel? Tiap² minggu? Mahu RM 1000 jugak. Waaaa menangis. Itu belum kalo travel ngan kete.

So setakat ni, aku tengah pertimbangkan nak cari umah sewa dlu. Atleast Mr. Husband datang, xperlu nak cari homestay ke hotel ke, & aku leh masak kat umah. Masak di rumah sendiri, dapur sendiri lebih menarik, sbb aku mmg xsuke masak di dapur org. Hahaha. Dahla aku baru sekali je masak utk laki aku tuh, kawen dah sebulan. Sobsob. Wat a wife, sedihnye.

Tapi proses nak memindah ni yang buat aku superwoman malas nih. Penat hokeh. laki aku pun macam keberatan nak bagi aku duk sorang², even aku insists pon. Xpe, proses memujuk still on. Hehehe.

Kalau ade sape² ade umah nak sewa kat area Kulim nih, roger² aku. Nanti aku pertimbangkan. Eh aku plak nk pertimbangkan, ceh. hahaha


Pagi² brekpes ngan gambar² Mr. Husband dgn harapan dapat semangat nak buat keje. Sekali dah usha gigi² beliau, ase rindu plak. Teros moral down. Demik, xleh buat keje la pulak. Wooowooo T____T