Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 4, 2011

Demam

Travel back and forth utk sebulan ni memang boleh buat aku pengsan jap. Tapi mase nak travel x ingat dah badan tgh demam ke, penat ke.. Yg penting leh jumpa Husband ngn family tersayang, ilang jap ase penat. Tapi once touch down kt Kulim, mulala badan buat perangai.Heh

Semalam badan dah setat seram sejuk dah, hingus pn dah macam air paip je. Colleagues aku pun tegur muka aku macam bengkak skit. Ayokkk. Ke bengkak sebab makan banyak. Haha

Minggu ni turn aku turun KL. Elokla tu, dahla ade perhimpunan Bersih, jgn sampai jem & rosak plan aku dahla. But anyway, i will go for bersih instead of kotor. Hanya pengotor je yg takutkan kebersihan. Mahaha. Just pray my plan nak berdating-dating ngan Mr. Husband tidak tergendala.

Pagi ni bincang² ngan Mr. Husband tentang expenditure kterg. Travel Kulim-KL-Kulim, penginapan, contingency costs, makan minum tu mmg dah tolak tepi la sbb before kawen pn mmg dah makan kan. Hahah. Coming to conclusion, mmg over budget yg memang super over lah. Let say aku pegi KL, duk homestay/hotel murahan satu malam dalam RM 150, cost travel dlm RM 100, kalau die datang kulim, cost penginapan RM 100, travel RM 100 jugakla let say. Dah makan RM 450 utk 2x travel. Kalo 4x travel? Tiap² minggu? Mahu RM 1000 jugak. Waaaa menangis. Itu belum kalo travel ngan kete.

So setakat ni, aku tengah pertimbangkan nak cari umah sewa dlu. Atleast Mr. Husband datang, xperlu nak cari homestay ke hotel ke, & aku leh masak kat umah. Masak di rumah sendiri, dapur sendiri lebih menarik, sbb aku mmg xsuke masak di dapur org. Hahaha. Dahla aku baru sekali je masak utk laki aku tuh, kawen dah sebulan. Sobsob. Wat a wife, sedihnye.

Tapi proses nak memindah ni yang buat aku superwoman malas nih. Penat hokeh. laki aku pun macam keberatan nak bagi aku duk sorang², even aku insists pon. Xpe, proses memujuk still on. Hehehe.

Kalau ade sape² ade umah nak sewa kat area Kulim nih, roger² aku. Nanti aku pertimbangkan. Eh aku plak nk pertimbangkan, ceh. hahaha


Pagi² brekpes ngan gambar² Mr. Husband dgn harapan dapat semangat nak buat keje. Sekali dah usha gigi² beliau, ase rindu plak. Teros moral down. Demik, xleh buat keje la pulak. Wooowooo T____T

No comments: