Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 19, 2010

Rindu

Bila ko rindu pakwe/laki ko yg berjauhan, ko boleh amek tiket flite or drive je gi jumpe.. Bila ko rindu makbapak, ko leh call and balik kampung.. Bila ko rindu member², ko gi lepak kat mapley or kedai mamak.. Tapi kalau aku rindu tokwan aku macam mane...?

Mase kecik-kecik aku suke lawan cakap tokwan. Tokwan suruh aku mengaji aku lari, tokwan suruh aku solat aku ngelat, tokwan mintak tolong aku cabut kemuncup depan umah die aku demand 5sen selai kemuncup.. Tokwan suruh aku cabut uban die aku up lagi-seposen selai.

Lepas SPM, makayah aku gi haji, aku menumpang kasih-sayang kat umah tokwan. Tapi aku banyak lari balik umah sbb aku rindu makayah aku. Aku tinggal adik-adik kat tokwan. Teruknya aku..

Tokwan suruh aku amek lesen kereta. Senang die nk mintak tolong hantarkan gi pasar. Tokwan aku suke bejalan-jalan. Semo orang die nak melawat. Tiap-tiap hari mase aku mnumpang kasih kt umah die, die akn kuar gi jalan-jalan. Tapi aku xnak amek lesen. Tokwan kate nk bayarkan pun aku xmo. Bukan aku xnak tolong tokwan, tapi aku segan nak amek duit die time tu. Lagipun aku fobia bawak kereta.. Huhu..

Tokwan aku mmg suke bejalan.. Aku masuk matrix, tokwan ikot hantarkan. Aku abes matrix, tokwan pun datang amek. Aku masuk Universiti, tokwan aku bangga datang hantar. Tiap kali cuti sem, mesti ade tokwan ikot sekali. Seronok betol tgk tokwan.

Tokwan suka tanya soklan cepu cemas ni kat aku..
'Bila nk kawen, tie..?'

Aku leh jawab ngan sengeh-sengeh jela.. Xmo ulas panjang, satgi tokwan aku kata nak sponsor plak,hah nak ke..? Cewah.. Sori tokwan, cucumu xbersedia lgi..hehe

Tokwan sentiasa nasihat aku kawan lelok, kawan biar sejuta, tapi kawan ehem-ehem biar satu, jangan menggatal.. itu pesan tokwan aku.. Tokwan salu tanya, ensem x kawan aku yg sorang tuh, baik x, solat tinggal x, hormat orang tua x..

Bila dah jumpa baru tokwan tahu kawan aku orangnya itam manis, giginya capang tokwan... ahahaha ok off topic.

Kalau dulu tiap kali exam, aku roger tokwan.
'Tokwan, nak exam, tolong wak solat hajat ek..'
Tiap kali interview, aku roger tokwan. Nak test pun roger tokwan. Sendiri pn malas buat, harapkan makayah aku ngan tokwan je..

Kali terakhir aku bukak puasa ngn tokwan tahun lepas. Aku balik tokwan masak macam-macam feveret kami adik-beradik. Tapi aku perasan tokwan makan sikit. Biasanye tokwan makan banyak. Tokwan kate sakit perut. Tapi aku buat xtahu je.

Seminggu lepas aku balik Shah Alam mak aku call, cakap tokwan masuk ward. Aku dah panic. Tapi mak aku xyah balik, tokwan ok.

3 hari nak raya aku balik. Tokwan still dalam ward. Mase aku jaga tokwan tu, aku tengok tokwan yg dah sedia kurus tu makin mengurus. Berat da cecah 35kg. Aku rase nak nanges, tapi aku tahan je.. Tokwan asek pegang tangan aku. Kalau aku nak gi toilet, tokwan tanye, 'Tie nak gi mano tu..'

Raya tahun tu xmeriah. Aku ingat raya before tu. Kami sempat snap gambar family banyak-banyak. Rupanya tu gambar last tokwan di hari raya. Sbb raya kali ni tokwan raya kat hospital. Aku ingat pagi raya tu, tokwan pegang pipi aku. Die usap-usap pipi aku, tangan tokwan cucuk masuk air.. tok wan cakap,
'Cucu tokwan ni....' Penuh dada aku tahan sebak...

Lepas tu tokwan asek keluar masuk hospital. Operate perut. Cucuk sana cucuk sini..

29hb Januari. Aku kat Shah Alam. Minggu lepas mak aku dah call, suruh aku balik. Malam ni aku naik bas. Tapi hati aku xtenang. Aku pujuk Alan balik ngan aku, aku takut. Aku xkuat nak naik bas sorang-sorang. Kebetulan ayah aku ade kt KL, berkursus. Kami gi KL amek ayah aku terus balik ke Kelantan.

Aku sampai KB sebelum azan Subuh. Ayah aku kate kite balik mandi, subuh dulu, then kita gerak gi hospital. Masa kat umah, abang ngan mak aku call suruh datang cepat. Kami cepat-cepat naek kereta. Aku rasa otak aku blur time tu. Tokwan, kaktie datang ni..

Before sampai hospital mak aku cal lagi..'Kak, tokwan dah xde....'

Aku terdiam..Innalillah.. Aku ingat aku akan tenang, aku boleh terima berita ni.. Tapi tidak. Aku menangis teresak-esak dalam kereta tu.. Ya Allah, aku terlambat 5 minit... 5 minit.. Aku xsempat jumpa tokwan, mintak maaf ngan tokwan, kucup tokwan utk kali terakhir. Aku jaga tokwan pun sehari je..


Sekarang tokwan dah xde.. Tokwan, aku rindu..
Semoga roh tokwan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah..




Monday, April 12, 2010

e-bOok percuma: Soalan SPA kebocoran

Beberapa hari yang lalu, seperti yang diketahui umum telah berlangsungnya peperiksaan Sijil Pengesahan Akal (SPA) di seluruh negara, yang dihadiri oleh segenap masyarakat untuk pelbagai jawatan.

Eceh, pengaruh jawab esei BM la ni.. Ok pada sapa-sapa yang dah jawab tu, smoga berjaya. Yang lepas jangan dikenang-kenang. Sila tumpukan perhatian pada kerja skg, jangan berangan-angan dah kerja kerajaan dah.

Ok mari kite review pengalaman seorang perjawab soalan SPA untuk tatapan bakal penjawab tahun depan. Jangan risau, e-book ini diterbitkan secara percuma. Nak bayar pun xpa.

Bahagian 1, Kertas Soklan A (Pengetahuan Am la sangat)
- Soalan die sangat bias. Eh tibe-tibe. Ok, kepada pengamal undan-undan dan dasar-dasar sosial negara, anda digalakkan skor bahagian ni. Tapi minah-minah sosial tak perlu ambil pusing, xde ketan ngan hang pon.

Bahagia 1, Kertas Soklan B (Matematik)
- Ini soklan memang banyak punya senang. Very small to the pieces, like eating a piece of cheese cake. Tapi apekan daya, masa mencemburui aku. Oleh yang demikian, jangan berangan nak makan ape lepas exam, nak dating kat mana, nak tengok cite ape lps ni ketika menjawab soklan ini. 5/40 soklan telah dijawab secara random. Tahniah.

Bahagian 1 Kertas C
- Sindrom lupa sejenak telah berlaku. Nanti aku update balik. Takpun mintak tolong encik G0ogle sendrik. Jangan malas-malas.

Bahagian 1 Kertas D&E (Esei BM dan BI)
- Part ni aku suka. Tapi kena banyak membaca sebagai persediaan untuk mengarut. Malangnya aku dah malas utk membaca. Skg aku banyak masak je. Dah bukak kedai makan dah sekarang. Sape-sape nak jadi jiran sekedai aku anda sgt dialu-alukan. Mari kite bekerjasama dalam era perniagaan makanan. Jangan dengki-dengki, jangan bomoh-moboh kedai orang k?

Bahagia 2 (Sahsiah dan Minat)
- Ini ada 415 soklan. Satu je pesanan iklas dari penaja, pastikan anda mempunyai pencil 2b yang tajam dan mencukupi. Pengetahuan mmg xperlu. Kalau hang ketidaktahuan pn gerenti leh jawab. Yang penting, cekap. Jangan menipu.

Sekian.