Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, April 12, 2010

e-bOok percuma: Soalan SPA kebocoran

Beberapa hari yang lalu, seperti yang diketahui umum telah berlangsungnya peperiksaan Sijil Pengesahan Akal (SPA) di seluruh negara, yang dihadiri oleh segenap masyarakat untuk pelbagai jawatan.

Eceh, pengaruh jawab esei BM la ni.. Ok pada sapa-sapa yang dah jawab tu, smoga berjaya. Yang lepas jangan dikenang-kenang. Sila tumpukan perhatian pada kerja skg, jangan berangan-angan dah kerja kerajaan dah.

Ok mari kite review pengalaman seorang perjawab soalan SPA untuk tatapan bakal penjawab tahun depan. Jangan risau, e-book ini diterbitkan secara percuma. Nak bayar pun xpa.

Bahagian 1, Kertas Soklan A (Pengetahuan Am la sangat)
- Soalan die sangat bias. Eh tibe-tibe. Ok, kepada pengamal undan-undan dan dasar-dasar sosial negara, anda digalakkan skor bahagian ni. Tapi minah-minah sosial tak perlu ambil pusing, xde ketan ngan hang pon.

Bahagia 1, Kertas Soklan B (Matematik)
- Ini soklan memang banyak punya senang. Very small to the pieces, like eating a piece of cheese cake. Tapi apekan daya, masa mencemburui aku. Oleh yang demikian, jangan berangan nak makan ape lepas exam, nak dating kat mana, nak tengok cite ape lps ni ketika menjawab soklan ini. 5/40 soklan telah dijawab secara random. Tahniah.

Bahagian 1 Kertas C
- Sindrom lupa sejenak telah berlaku. Nanti aku update balik. Takpun mintak tolong encik G0ogle sendrik. Jangan malas-malas.

Bahagian 1 Kertas D&E (Esei BM dan BI)
- Part ni aku suka. Tapi kena banyak membaca sebagai persediaan untuk mengarut. Malangnya aku dah malas utk membaca. Skg aku banyak masak je. Dah bukak kedai makan dah sekarang. Sape-sape nak jadi jiran sekedai aku anda sgt dialu-alukan. Mari kite bekerjasama dalam era perniagaan makanan. Jangan dengki-dengki, jangan bomoh-moboh kedai orang k?

Bahagia 2 (Sahsiah dan Minat)
- Ini ada 415 soklan. Satu je pesanan iklas dari penaja, pastikan anda mempunyai pencil 2b yang tajam dan mencukupi. Pengetahuan mmg xperlu. Kalau hang ketidaktahuan pn gerenti leh jawab. Yang penting, cekap. Jangan menipu.

Sekian.

No comments: