Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 28, 2009

Kekalutan

Need-to-do list aku hari ini agak panjang dan membosankan. Tiba-tiba semua perkara nak kena settle hari ni jugak. Ada perkara yang aku miss, tapi aku dapat benda lain sebagai ganti. Alhamdulillah.

PerancanganNYA lebih baik dari apa yang kita harapkan, atau mungkin ada sesuatu yang bukan milik kita maka DIA hold dulu permintaan kita dan menggantikannya dengan sesuatu yang terbaik untuk kita. Wallahualam.

Friday, May 22, 2009

Selsema ***i

Ingatkan duduk umah dah selamat dari sebarang penyakit luar dan dalam. Rupanya tidak. Rugi tak bawa balik face mask dari lab cleanroom banyak-banyak. So tayah membazir beli mask baru. Haishh...

Ini semua gara-gara kecuaian manusia sendiri. Terleka dan alpha (alfa?alfard?alpa?alfa romea?aston martin? oh,bahasa melayu ku semakin merudum..) sehingga mengabaikan ciri-ciri keselamatan dan kebersihan yg dapat mengelakkan penyakit seperti ini.

Kejadian berlaku dua (2) hari lepas ketika aku sedang asyik menjadi surirumah di dapur. Sebagai surirumah yg berjaya, mestilah berada di dapur. Untuk menampakkan lagi keserian surirumah, watak sayur,periuk belanga, daging, pisau, rempah-ratus dan cili-cilian menyumbang peranan sampingan yang penting.

Scene kedua mengambil tempat.

Si surirumah memotong cili api, cili padi dan cili-cilian sebagai tugasan terakhir. Selesai. basuh tangan ala kadar sebab dah xsabar nak melepak depan tv.

Korek hidung. Asyik. (Korang xpenah korek idung dpn tv kah? Tipulah..Lagi kalo tgk cite bosan yg dah seminggu berulang-ulang sampai kau dah boleh hafal skrip cite kt channel 411,12,13 watsoeva namanya itu. Maka korek hidung lebih asyik bukan?)

Tiba-tiba rasa panas.. Wah, ini bukan panas main-main. Panas yang merebak sampai ke bibir. Uhh, tidak seksi pun. Panas, panas. Hot, hot. Tak macam panas kat Perlis. Ini panas luar biasa. Pegang pipi sambil jerit, 'panas-panas'...!! Dan pipi juga menjadi panas. Ini penyakit berjangkit. Hidung juga sudah menangis.. ='(

Belek cermin, muka aku dah merah. Specifik, bukan muka. Tapi hidung dan sekitar bibir, dah macam badut kena H1N1, tapi ini version lain. Ini selsema CILI. Woh, korang fikir ape tadi? Cishh..

Pakaian saranan utk mengelakkan serangan H1N1 yg betul. Sila abaikan gaya.

Monday, May 18, 2009

Saturday, May 9, 2009

For my very special silent reader, cik mak- Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu
buat..
Puan Marsita Omar Fauzee
:clap:clap:clap:
Happy Mother's Day, e-mak..
Kakak sayang mak dunia akhirat..
You're the greatest mother in the universe..
my greatest friend to share everythings

May Allah bless you
Kakak xmampu nak ubati tiap sakit yg mak alami utk lahirkan kak..
Kakak xdapat nak balas setiap titik susu yg mak berikan..
Kakak xpat nak ganti setiap minit yg mak bersekang mata utk jaga kami..
Kakak jgk xsehebat & setabah mak utk berikan kasihsyg buat kami tanpa balasan & batasan..

Kakak hanya mampu mendoakan kesejahteraan mak dunia akhirat..
Kesenangan mak di dunia, dan kebahagiaan mak di akhirat..
Kak mintak ampun dan maaf atas segala salah ngn silap selama ni.
Terkasar bahasa ngn mak, termalas nak tolong mak kemas umah or jaga adik2..huhu...


Semoga Allah merahmati hidup kita sekeluarga.. Love u..♪♥♥♥♪☻


“No gift to your mother can ever equal her gift to you - life”

Monday, May 4, 2009

Buah Oren Tidak Selalu Manis

Memandangkan masih ada 7 hari sebelum aku bebas terbang ke udara dengan memegang pangkat penganggur terhormat selama beberapa minggu, atau bulan mungkin (tahun harapnya tidak) maka kebosanan adalah di tahap kritikal. Sumpah kritikal sampai tangan menggigil-gigil, hati berdebar-debar macam kali pertama keluar dating kat airport pastu kena tinggal balik naik taxi sorang-sorang (wah, padan muka!!), otak berpusing-pusing, mata melilau-lilau dan peluh berpeluh-peluh sebab tak tahu nak buat apa.

Kalau ada news update kat berita hairan atau hari-hari metro, agaknya akulah orang pertama yang baca berita tu, dan berita yg lepas-lepas secara berulang-ulang tanpa bosan. Sebab berdiam diri sambil memandang sekerin LCD tanpa berbuat apa-apa lebih membosankan dari baca berita. Kuiz-kuiz kat fesbuk pun dah abis aku layan, sampai ada yang aku gigih jawab 2,3 kali.

Dengan rela hati aku mengaplikasikan perkataan 'melayari internet' sebaik mungkin dengan belayar sejauh mungkin. Tiba la aku di satu blog yg cantik berpink merah kuning bunga rama-rma semua ada. Yang lebih mengghairahkan, semut hitam pun ada. Rama-rama pink si cursor juga galak menari-nari dlm blog tersebut, tapi gelagat semut tadi lebih menarik perhatian aku.

Aku pun cubala nak click kat semut besar tu, nak tau jadi apa.. Tapi punya liat semut ni. Licik sungguh beliau melarikan diri dari cursor aku yg mengalami revolusi dari ulat jadi kepompong, ia hidup dalam gelongsor, cukup masa, ok cukup masa dah. Aku pulak with full concentration duk mengejar kelibat encik semut itu. Gigihla aku ngan sang semut main polis entry sekali eh,eh! semut nape kau leh kelaur dari sekerin. Nanti-nanti............. ehh,eh... oh....


Inila akibat apabila membiarkan meja anda bersepah-sepah dgn susunan roti dan mayonis yg enak tapi dah tak enak sebab kena kongsi ngan encik semut.


Aku rindu rumah dan manusia-manusia di dalamnya... counting down to go back home (=