Tuesday, April 19, 2011

Pelukis kotak atau cikgu?

Dulu aku bercita-cita nak jadi cekgu. Siyesly minat sgt nak jadi cekgu ato dah xde idea laen nak jadi ape? Ekceli kecit² ade dua cita².. Nak jadi arkitek atau cikgu. Mulia kan cita². Mahaha..

Aku ade banyak koleksi plan umah yg aku lukis dari jaman kecit lagi. Mase aku tadika aku dah boleh lukis kotak² macam plan umah tu. Funny thing is, plan umah aku siap ade plan utk perabot. Ade sofa, katil tv peti, tempat bunga. Lengkap. Hahah

Aku jugak suka sgt baca buku Anjung Seri yg mak belikan. Pastu aku akan translatekan umah² kat dalam tu kepada floorplan.

Tapi bila masuk sekolah, cikgu tanya nak jadi ape, aku cakap arkitek. Pastu cikgu sorang je yg kagum, tapi bdak² laen buat muka blur pastu tanya ape itu arkitek. Pehh advance sgt ke perkataan arkitek tu? Kenapa mereka tidak impress ngan cita² aku. Xleh jadi ni. So aku balik tafakur dua tiga hari nak jadi ape plak.

So di situlah mood aku berubah nak jadi cikgu. Masuk tahun baru bila cikgu tanya cita², aku laju cakap, cikgu!

Pastu populariti aku merudum skit sbb cita² tidah gah. Ahh.

But now alhamdulillah cita² aku nak melukis kotak tercapai. Tak kusangka kan? Walaupun kotak² lukisan ku takleh dijadikan panduan membuat rumah manusia, tapi ianya adelah asas penting pada chip² untuk hidup. Oraitla tu. Puas hati.


No comments: