Monday, August 8, 2011

Perspektif Blogger vs Cekodok

Minggu lepas (dan minggu² sebelumnya pun sama), aku blogwalking ke serata pelusuk dunia blog, semata² nak mengisi masa yang lapang laaa sangat. Then aku jumpa banyak benda, opkos la kan. Few posts yg membuat aku tertarik, post pasal kutuk mengutuk blogger laen dengan cara halus, kasar, direct or indirect. Aku bukanla blogger pemes or blogger yg mendambakan traffik yg tinggi. Eventho traffik tu camne or cam hape pun aku tak tahu. Yang aku tahu traffic lite.

Ok takde kaitan.

So isunya bila aku baca post itu, beliau selaku blogger yg pemes mengkategorikan beberapa blogger laen kepada beberapa bahagian; blogger tak wape nak pemes tapi nak tarik traffik tinggi (tak tahula plak aku kite boleh main tarik² traffik ni. Oh daifnya), blogger yg suka kutuk mengutuk kengkawan, blogger yg masak cekodok pun nak post dalam blog, blogger yg happy baru balik hanimun dari Pulau Melaka, blogger yg gaduh dengan suami esoknya dah baek balik, blogger yg tengah hangat bercinta dan bagitau satu cakerawala dan macam² jenis blogger lagi. (Aku kategori ape ek).

Bagi aku, menulis blog ini depends pada perspektif masing-masing. We see things differently from our very own point of view.

Maybe bagi some, post pasal cekodok gorengannya utk si suami beserta ngan resepi sekali adalah sesuatu isu yg boleh diblogkan, let her be. For some others, mengatakan blogger yg post pasal cekodok gorengannya utk si suami beserta dengan resepi sekali adelah lame dan sooo tak cool, let her be. For some, yang mengatakan, biarlah orang tu nak post pasal cekodok dan biarlah orang itu nak mengutuk pun, let them be.

Benda ni akan berpusing dan tak akan pernah habis, sbb kita dilahirkan dengan kepala dan otak yg berlainan. This is normal. Aku tengah tulis entry tak pasal-pasal ni pun normal jugak (alasan baik.haha)

Kitaran ini lah yg mengharmonikan dunia blog, memeriahkan hari-hari aku dan pembaca laen, meneruskan kelangsungan hidup organisme-organisme dalam dunia blog..Dengan syarat, janganla extreme sangat. Nak post pasal boifren bagi bunga ka, boifren super romentik ka kalah Sethan ka, nak kutuk blogger yg post pasal cekodok ke ka, nak hape ka, silalah berpada² tanpa menggunakan ayat-ayat mencarut. Lagi-lagi di bulan berkat bulan rahmat ini, mari kurangkan mencarut. (baru pagi tadi aku carut kt org yg hi-beam aku walhal aku duk lane kiri, ko nak laju ko pegi lane kanan la mangkuk.Ok kurangkan, kurangkan...fuhhh)

Meh tengok plak perspektif aku.Kehkehkeh


Cendol + eskrim = pengsan


Ikan sailormoon. Esoknya Poklan rekues lagi. Simple, campak garam ngan blackpepper, masak atas pan grill or non-stick pan.

Ayam vietnam. Kurang berjaya (lupa nk blend serai.Take note, take note)

1 comment:

poklan said...

salmon is the best...go go salmon..haha