Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, August 26, 2011

Perutusan Raya

Nak buat ucapan yg dah lama aku pendam sebelum aku mintak maaf dan memaafkan nih.Hahaha

Sudah-sudahla mengaitkan aku dengan orang yg tak dek kaitan ngan aku lagi. Tolong hormat status aku sekarang, tolong hormat yg aku dah bersuami dan tolong hilitekan tatasusila dan etika bergurau dalam hal-hal tertentu dalam hati masing-masing itu.

Tak payahla nak gitau aku dengan harapan aku aku nak amek tahu ke ape ke, aku tak berminat & tak nak amek tahu pun. Tak perlu nak menhanjing aku dengan cerita orang yang tak dek sangkut paut ngan aku dah. Let them live their life, let me live mine. Its annoy me something. Jangan sampai annoy aku ditunjukkan. Kamu pasti tidak suka.

Okey, selamat hari raya. Semua pasti paham ngan mesej pendek aku ni kan? Sebelum itu, aku menyusun jari-jari dan metal-metal, memohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa dan perbuatan yg mengguris hati secara live atau secara ulangan(hahah). Mintak mahap banyak-banyak. Segala yg baik itu datang dariNYA dan aku hanyalah insan biasa yg tak lepas dari melakukan mistakes. Kalau ada tak puas hati, meh kita open table plak. Kehkehkeh

Drive lelok. Kita jumpa lagi andai umur panjang. Selamat Hari raya everyone =)


Monday, August 15, 2011

Mitos Kahwin

Sebelum aku kahwin itu hari, aku disogok?kan, dimomok?kan, dimogok?kan dengan beberapa teori yg buatkan aku lagi la rase nak kawen cepat.

Orang kate, toeri hanya terbukti betol selepas diaplikasikan. Kalo teori x betol, dah jatuh hukum mitos dah tu.

Mitos Satu: Zerawat
Lepas kawin kununnya muka takde zerawat. Nak kate berseri², muka ai before kawen mmg dah berseri² yaww. Tapi zerawat tu, tak hilang pon. Siap naek atas hidung lagi. Auuuu. Huduhla hidungku yg tak wape nak mancung ni.

Mitos Dua: Sesungut
Mak ai kate, lepas kawen tak sakit dah time best friend datang. Wuwuu semalam sesungut ai datang, ai golek guling-guling sakit. Siap pukul² laki ai sebab xtuamkan air panas. Mogok. Ker sebab ade laki dcc sesungut tu datang overdose, ngade tau.

Mitos Tiga: Duk same-same
Wuuuwuuuu. Ini logik. Dah kawen patot leh duk same-same dah. Nape ai bleh jumpa laki ai sekali smggu je. Grrr

Mitos Ampat: Pandai masak dengan sendirinya
Gila hape dengan sendiri. Ai belek buku resepi ok. Before balik keje hari jumaat, nila keje aku, mengkaji resepi. (Ai jumpe laki ai seminggu sekali je, harusla weekend je yg masak, hari laen aku serahkan kat tukang masak peribadi di seluruh pelusuk Kulim dan Penang). Dan setelah beberapa percubaan yg gagal, barulah berjaya dan diterima akal rasa makanan itu.

Mitos Lima: Bersemangat myvi (waja)
Ini lagi mitos. Aku hari Isnin je rase mandom nak keje walopun baru lepas jumpa laki. Hari selasa, baru nak recover skit kemandoman, xmampu lagi nak buat kerje berat. Hari rabu kerja lebih produktif. Khamis je, start nak mandom balik sebab xsabar nak jumpa laki Sabtu nanti. hari Jumaat mandom to the max, rase macam mengadap PC tanpa buat ape-ape lagi lama dr bukak keje. Hari Sabtu dan Ahad memang semangat habes, tapi xkan la nak keje time ni kan. Kehkehkeh

Aku cerita sal laki aku xde orang nak kecoh pun, sebab aku bukan retis & laki aku bukan penjaga gawang yg profesional. Bola sepak ngan bola tampar pun beliau xdapat bezakan.

Sekian mitos-mitos dari aku. Mari layan fakta di bawah ni plak.



Cheese yang tidak ternampakan di ctu.

Tak nampak ghupe ayam. Yang penting sodap. harusla memuji masakan sendiri, kalau tak, sape lagi?

Resepi laki ai. Laki pandai masak walaupun goreng sayur je mmg seksi. I lap u.

Hasil terakhir ini bukan dr air tangan aku.haha

Monday, August 8, 2011

Perspektif Blogger vs Cekodok

Minggu lepas (dan minggu² sebelumnya pun sama), aku blogwalking ke serata pelusuk dunia blog, semata² nak mengisi masa yang lapang laaa sangat. Then aku jumpa banyak benda, opkos la kan. Few posts yg membuat aku tertarik, post pasal kutuk mengutuk blogger laen dengan cara halus, kasar, direct or indirect. Aku bukanla blogger pemes or blogger yg mendambakan traffik yg tinggi. Eventho traffik tu camne or cam hape pun aku tak tahu. Yang aku tahu traffic lite.

Ok takde kaitan.

So isunya bila aku baca post itu, beliau selaku blogger yg pemes mengkategorikan beberapa blogger laen kepada beberapa bahagian; blogger tak wape nak pemes tapi nak tarik traffik tinggi (tak tahula plak aku kite boleh main tarik² traffik ni. Oh daifnya), blogger yg suka kutuk mengutuk kengkawan, blogger yg masak cekodok pun nak post dalam blog, blogger yg happy baru balik hanimun dari Pulau Melaka, blogger yg gaduh dengan suami esoknya dah baek balik, blogger yg tengah hangat bercinta dan bagitau satu cakerawala dan macam² jenis blogger lagi. (Aku kategori ape ek).

Bagi aku, menulis blog ini depends pada perspektif masing-masing. We see things differently from our very own point of view.

Maybe bagi some, post pasal cekodok gorengannya utk si suami beserta ngan resepi sekali adalah sesuatu isu yg boleh diblogkan, let her be. For some others, mengatakan blogger yg post pasal cekodok gorengannya utk si suami beserta dengan resepi sekali adelah lame dan sooo tak cool, let her be. For some, yang mengatakan, biarlah orang tu nak post pasal cekodok dan biarlah orang itu nak mengutuk pun, let them be.

Benda ni akan berpusing dan tak akan pernah habis, sbb kita dilahirkan dengan kepala dan otak yg berlainan. This is normal. Aku tengah tulis entry tak pasal-pasal ni pun normal jugak (alasan baik.haha)

Kitaran ini lah yg mengharmonikan dunia blog, memeriahkan hari-hari aku dan pembaca laen, meneruskan kelangsungan hidup organisme-organisme dalam dunia blog..Dengan syarat, janganla extreme sangat. Nak post pasal boifren bagi bunga ka, boifren super romentik ka kalah Sethan ka, nak kutuk blogger yg post pasal cekodok ke ka, nak hape ka, silalah berpada² tanpa menggunakan ayat-ayat mencarut. Lagi-lagi di bulan berkat bulan rahmat ini, mari kurangkan mencarut. (baru pagi tadi aku carut kt org yg hi-beam aku walhal aku duk lane kiri, ko nak laju ko pegi lane kanan la mangkuk.Ok kurangkan, kurangkan...fuhhh)

Meh tengok plak perspektif aku.Kehkehkeh


Cendol + eskrim = pengsan


Ikan sailormoon. Esoknya Poklan rekues lagi. Simple, campak garam ngan blackpepper, masak atas pan grill or non-stick pan.

Ayam vietnam. Kurang berjaya (lupa nk blend serai.Take note, take note)