Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 20, 2012

Saya pilih utk memboikot. eh?

Sejak Gaza diserang latanat Yizrael awal Muharam lalu , kempen boikot memboikot kat FB, twitter etc2 tu makin hebat. Bagusla begitu. Aku pun dah lama tak makan mekDer sejak beriltizam mahu diet. Air coke mmg tak penah minum pun, neither Pepsi. Tak layan air gas ni semua, tak bagus utk kesihatan katanye.. Haa bagus x aku? Awal2 dh boikot. Keh3.. Anyway mmg susah nak boikot barang2 Yizrael ni sbb most of them adalah barang keperluan kita. Mcm aku sendiri sebelum azam diet tu datang, rilek je menghambakan diri ngan McChicken Beger yg sedap tu. Oh no...........

Tapi aku perati tema boikot kali ni berserta ngan kondem-mengondem ya bukan kondom-mengondom. Tak kira la dr pihak mana, pihak yg nak memboikot, pihak yangg tak nak boikot dan pihak yg tak kisah nak boikot ke tak nak ke, even ade yg tak tau pun ape jadi kat dunia skg, sibuk nak Brazilian wax jee kejenya. Mujur tak di post hasil waxing kau tu. Pffff

Semua ni berbalik pada diri sendiri, macam kisah NIP yg kecoh di suatu ketika itu. Sebagai seorang balaci yg kerja di salah sebuah company penyumbang besar ekonomi Yizrael, aku pilih utk berdiam diri. Hipokrit gitu?Kahhh.. Yes, rezeki tu ada di mana-mana, tapi kita tengok prioriti. Kalau berhenti, mcm mana nak cari makan dgn segera if they don't have any saving, boleh jejas kehidupan sesorang tu tak, nak bagi anak bini makan guane gitu. Kalau sampai memberhentikan rezeki sendiri, rasanya tak perlu. Bukan senang nak cari kerja yang oi, apply SPA dah bertahun pun tak dapat juge. Takde rezeki kan.. Janganla mudah2 suruh orang berhenti kerja sbb anda begitu komited nak memboikot. (Tapi yang obvious semua nak boikot McD ngan Starbucks je. Napa tidak besar-besarkan produck Yizroil yg laen? Nestle? Tesco? Coke? Arsenal? Nokia ?Intel?Ops..)

Boikot sekadar mampu. Ok, if that is the point, then jangan la kondem orang yang tak mampu nak memboikot. Orang yg taknak memboikot pun, jgnla berdegang sgt ngn point anda kt fb, kang kena fire, anda juge hangin. Kekeke...

Boleh baca di link Ust. Zaharuddin pasal boikot memboikot ni. Katanya, tak jatuh hukum haram pun utk berurusan dgn kampeni Yizrael kalo sumbangan dr certain share holder, bukan polisi kampeni. wallahualam. 



Anyway, even kita berbeza pandangan pasal nak boikot ke tidak, just tolak tepi itu semua dulu, yang penting, let pray for them and any other mangsa perang in the name of Islam and humanity. 

I rest my case. 

2 comments:

Anonymous said...

macam2 alasan bila tak nak boikot.

PurPLe LaDy AiFA said...

sume cite pasal kondem boikot kondem x boikot. apesal wall aku suci dr kondem2 ni? ke org yg kondem2 ni dah block aku siap2? hahaha