Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 16, 2011

cerita raya haji

Ini cerita lama punya. Tapi sebab perasaan busy, baru sekarang keinginan nak menghapdate datang. Anyway, good news is minggu yg super busy dah berakhir. Yayyyy ombak, ombak. Takyah OT lagi, kol 5.30 dah boleh chow. Nak chow lagi awal pun bulih, pandai-pandai tanggung jela. Hahaha

Raya haji tahun ni simple je. Memang raya haji simple-simple je pon. Mane penah meriahnye. Bertukang kat dapur ngan daging ngan tulang je is nehi meriah one. Yang bagusnya is ini adelah raya haji pertama ngan Lobster. As dia mengaku tak pernah fully involved ngan aktiviti korban-mengorban ni, dia la excited lebih sorang². Aku ni tak heran dah, tiap-tiap tahun tengok. Siap pernah kena kejar ngan kerbau lagi, kerbau tu kepala dah nak putus tapi gagah lagi boleh bangun kejar kami yg menonton ni. Lari angkat kain la. Nasib baik masa tu aku kecit lagi. Spender pon londeh-londeh lagi, so tak kisah lari angkat kain pun. Hahaha

Tapi tahun ni aku anta Lobster je jadi wakil. Aku tak gi tengok pon, malas. Lobster balik seronok die cerita die tolong pegang tali lembu ngan basuh perut lembu. Good move bebeh. Dah pandai basuh perut lembu. Tapi makannya idak. Kalau tengokkan size perot dia, orang akan ingat laki aku ni pemakan apa saja. Masa aku awal-awal dulu before tak kawen lagi ngan dia pun aku ingat dia ni jenis telan semua. Tapi rupanya tidak. Lobster aku penggeli orangnya. Kerang, siput sedut, sup belut, sup kaki lembu, perut lembu, hati ayam jantung-jantung tu semua dia tak makan. Hahaha lame la you. Itu la yg sedap tahu. Rugi betol. Kehkehkeh

Malam raya tu adik aku ngan Lobster bakar kaki lembu. Aku yang tengok tu mula-mula pun rase geli nak makan. Sekali pagi esok ibunda yang hebat dan mantap buat sup kaki, haa amek kau. Poning palo den makan kaki lembu. Laki aku tengok je. Sian dia.

Eh asal raya puasa raya haji semua balik kampung aku? Hahah envy anyones? Aku kan diktator. Hahaha. Sebabnya tahun depan insyaAllah kalau takdak aral melintang kami akan beraya kat Sarawak pulak. So memang tak dapat nak raya pertama di rumah ku raya kedua di rumah mu la. Memang kena rotate setahun sekali. Sobsob. Syuhsyuh nyah kau perasaan. Belum pape dah emo. Haha. tapi excited jugak kan, raya di tempat orang (Sedapkan hati.)

Macam biase, aku nak belagak ngan gambar-gambar pulak. Layanz.


Hasil korban. 2/3 disedekahkan.

Hasil dari takde sape heran nak bergambar. gambar sorang² pun okla.

Puding roti bercaramel yg ohhhh...mak buat

Hasil kawan baek aku dari sekolah rendah. Sampai sekarang aku xcaye die dh jadi mommy. Ingat dulu kecit-kecit gatih basikal dalam hujan pegi beli samosa. Nostalgia sungguh.

Ubat julap. Makan daging banyak sangat sampai susah nak ehem,ehem.

hasil lupa taruk corn flour, cair huduh. rasa mantap.

Hasil terbakar. Rasa kurang rupa pun huduh.

Friday, November 11, 2011

Cuti-cuti Malaysia















Sekian entry si pemalas.